Pages

Ads 468x60px

Tuesday, February 3, 2009

KEMANA HILANGNYA WAKIL RAKYAT PKR?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi nafi letak jawatan.Surat peletakan jawatan kedua-duanya didakwa surat lama, tanpa tarikh mengandungi aku janji kesetiaan.Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman menegaskan, kedua-dua ADUN itu masih wakil rakyat PKR. Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi mengaku masih ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil rakyat kawasan tersebut melalui seorang lelaki, Firdaus Saharuddin yang mendakwa pegawai khas beliau pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Sidang akhbar itu sepatutnya dihadiri oleh Jamaluddin pada pukul 4 petang, bagaimanapun beliau tidak muncul dan menghantar Firdaus sebagai wakil. Firdaus memaklumkan bahawa Jamaluddin masih dalam perjalanan dari Pahang ke ibu negara. Beliau turut mengedarkan kenyataan akhbar Jamaluddin yang menafikan telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ADUN Behrang semalam. Sebaliknya, Jamaluddin berkata, beliau cuti sakit dari 28 hingga 30 Januari lalu dan seterusnya bercuti hujung minggu sehingga semalam. Menurut Firdaus, sijil cuti sakit juga telah diserahkan kepada kerajaan negeri Perak dan sepatutnya perkara itu diketahui oleh Sivakumar. 

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu juga tidak hadir pada sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan beliau sebagai ADUN kawasan tersebut. Sebaliknya, selepas dua jam sekumpulan wakil media menunggu di sebuah hotel di sini, seorang kenalannya yang memperkenalkan diri sebagai Puzi Ghazali muncul dan mendakwa wakil kepada ADUN tersebut. Puzi yang mengaku ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, dia telah diarahkan berbuat demikian dan mengedarkan kenyataan akhbar mengenai penafian peletakan jawatan ADUN Changkat Jering tersebut. Dalam kenyataan itu, Mohd. Osman menegaskan, beliau tidak pernah pergi ke rumah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bagi menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang didakwa. Sementara itu, Puzi pula memberitahu, Mohd. Osman tidak dapat hadir kerana kurang sihat.Malah, katanya, dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur hari ini wakil rakyat tersebut telah mendapatkan rawatan di hospital kerana kurang sihat akibat demam dan batuk-batuk.

'

0 comments:

Post a Comment