Pages

Ads 468x60px

Tuesday, April 6, 2010

Mong irau ati meda lelaki kurang masuk U

SRI AMAN: Menteri Muda Dagang Temuai enggau Pesaka Tuai, Mong Dagang madahka pengirau iya laban diatu penyampau nembiak lelaki ti nyambung pelajar ngagai universiti kurang enti dibanding enggau orang indu.

TERIMA KASIH: Mong (tiga kanan) nerima tanda pengingat ari Tuai rumah Gading Duya, Ran Ulu ba pengawa nya. Masir Kujat (empat kanan) mega bisi datai.

TERIMA KASIH: Mong (tiga kanan) nerima tanda pengingat ari Tuai rumah Gading Duya, Ran Ulu ba pengawa nya. Masir Kujat (empat kanan) mega bisi datai.

Nitihka Mong, pekara nya ngirauka laban perintah deka meda penyampau indu enggau lelaki nyambung belajar ngagai tikas ke tinggi agi sama sebela.

Iya ngelalau apai indai nembaik ngambika meri peransang ngagai anak kelebih agi ngagai anak lelaki ngambika sekula bebendar lalu ulih nyambung pelajar ngagai universiti setipak enggau orang indu ke endang mayuh mujur.

“Aku irau meda penyampau nembiak lelaki kurang ari orang indu masuk ngagai universiti,” ku iya ke mega nyadi Menteri Muda Betanam Betupi (Pansik enggau Atur).

Nama kebuah pekara tu nyadi lalu dini penyilap dataika orang lelaki kurang masuk ngagai universiti?,” tanya iya.

Mong ke mega nyadi Kaban Kunsil Nengeri Bukit Bangunan mansutka jaku nya lebuhka bejaku ba pengawa makai malam JKKK enggau bejadika Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Ulu Sri Aman ba Dewan Suarah ditu kemari.

Kelimpah ari nya, Mong ngelalau rayat ba daerah nya ngambika nyukung perintah Barisan Nasional (BN) awakka terus mansang enggau maju.

“Sida nya (parti penyakal) semina nemu nguna peluang ngagai rayat ba menua pesisir iya nya mantaika jaku sebubu ngapa, mantah pengari rayat BN lalu ngasut rayat ngelaban perintah ke guna politik sida empu.

Ba pengawa nya, Mong ngungkup RM5,000 ngagai JKKK Ran Ulu kena ngatur Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Bisi sama datai ba pengawa nya Kaban Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Chermin SIDS Bahagian Sri Aman Roslind Abunawas, Pegawai Pemadah Parlimen JASA Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba enggau tuai-tuai raban bansa kandang menua Sri Aman.

Anang mendingka penemu sebubu ngapa, ku Masir Kujat

SRI AMAN: Rayat menua pesisir menua tu dilalau ngambika enda mudah ninga penemu sebubu ari orang sekeda ti nguji ngelaban perintah lebuh maya bepilih diatur enda lama agi, pia ku Kaban Parlimen Sri Aman Masir Kujat.

Seliahka bala sida ke kekuchah minta sukung ke guna sida empu

Ku iya, rayat menua pesisir enda patut ninga ke jaku sebubu laban nya siti chara sida iya minta sukung ti ke guna sida empu.

“Sida mantaika jaku sebubu lalu ngasut rayat nguna penerang ke enda betul pasal perintah Barisan Nasional (BN) Sarawak ngambika sida bulih sukung ari rayat maya bepilih ila.

“Enti nyema pekara nya bisi nyadi, mensia mayuh menua tu dipinta enda mudah ninga jaku asut sida iya laban nya nunjukka sida mega ngelaban perintah BN Sarawak,” ku iya.

Iya mansutka jaku nya lebuhka bejaku ba pengawa makai malam JKKK enggau bejadika Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Ulu Sri Aman, ba Dewan Suarah ditu kemari.

Pengawa nya dipejadika Menteri Muda Dagang Temuai enggau Pesaka Tuai ke mega nyadi Menteri Muda Betanam Betupi ( Pansik enggau Atur) Mong Dagang.

Nambahka nya ku Masir, orang mayuh ti nyukung sida ti mansutka jaku sebubu nya mega nunjukka sida ngelaban perintah kelimpah ari ngenataika penanggul ba pekara pemansang perengka guna mensia mayuh sereta ngangkatka tikas pengidup rayat.

“Rayat menua tu patut beratika pemeri ari perintah ke ngatur mayuh macham projek pemansang enggau nyungkakka pendiau pengidup mensia mayuh,” ku iya ngujungka jaku, kemari.

Masir ngarapka rayat menua nya terus nyukung perintah BN Sarawak ti mayuh meri pemansang tang patut nyeliahka jaku sebubu ari ke dipansutka orang ke nyakal perintah.

Ba pengawa nya Masir ngungkupka penyampau RM3,000 ngagai SIDS Unit Ran Ulu ke guna Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Program Transformasi Ekonomi akan diumum

PETALING JAYA 5 April - Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan satu lagi pelan ekonomi iaitu Program Transformasi Ekonomi dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, peranan program yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (Pemandu) itu bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Ujarnya, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Sehubungan itu langkah pertama yang perlu dilakukan untuk kita menjayakan program ini ialah mendekatkan rakyat dengan kelompok-kelompok tertentu seperti peneraju korporat dan para pelabur.

"Saya percaya melalui pendekatan ini, rakyat, peneraju korporat serta para pelabur boleh bersama-sama mencetuskan idea dan kemudian memberi sumbangan dalam bentuk input terutama dalam membentuk satu-satu dasar atau polisi kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Forum Pemimpin ASEAN Axiata kali ketujuh yang bertemakan Transformasi ASEAN, Menuju Ke Hadapan di sini, hari ini.

Forum tiga hari itu dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi ASLI, Tan Sri Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.

Sejak setahun Najib memegang tampuk pemerintahan negara, beliau telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat sekali gus meletakkan negara pada kedudukan yang lebih baik.

Antaranya mengumumkan pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pelan Halatuju Transformasi Kerajaan (GTP) dan terbaru Model Ekonomi Baru (MEB).

Najib berkata, langkah memperkenalkan program tersebut adalah sejajar dengan pendiriannya sebelum ini iaitu "era kerajaan tahu segala-galanya" telah tamat.

"Sekarang merupakan zaman yang mana kerajaan perlu mendapatkan input daripada pihak-pihak yang berkepentingan di negara ini,'' katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai pentingnya seseorang pemimpin itu melakukan transformasi walaupun diakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Sebagai pemimpin kita harus percaya bahawa hanya melalui kepimpinan secara transformasi sahaja yang dapat melakukan perubahan meskipun diakui ia bukannya satu perkara yang mudah.

"Kita perlu tahu apakah visi, misi dan matlamat kita dan dalam masa yang sama setiap perancangan hendaklah dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira setiap strategi yang digunakan,'' katanya.

Beliau berkata, ia penting supaya setiap transformasi yang dirancangkan mampu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Dalam konteks rantau ASEAN, Najib berkata, ia tidak terkecuali melalui proses transformasi khususnya dalam meningkatkan hubungan antara negara-negara anggota.

"Atas sebab ini juga pemimpin negara ASEAN telah memberi tumpuan kepada usaha merapatkan hubungan antara negara anggota pada sidang kemuncaknya yang lalu di Thailand.

"Hanya melalui hubungan rapat sahaja yang boleh menjadikan semua negara anggota ASEAN meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya pelancongan dan pertukaran kebudayaan,'' katanya.

Sebagai tambahan, Perdana Menteri berkata, ASEAN juga harus meningkatkan hubungan dengan negara luar seperti Kesatuan Eropah (EU), Jepun, China, Korea, India dan Amerika Syarikat (AS) kerana ia boleh membantu rantau itu untuk maju dalam pelbagai bidang.

Monday, April 5, 2010

Ekonomi baik gaji naik

Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat, " katanya dalam wawancara khas yang disiarkan Bernama TV sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri, malam tadi.
Dalam program Setahun Di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri, Najib ditemubual hampir sejam oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Editor Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah di pejabatnya di Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik pada masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam, katanya.

Beliau berkata sokongan daripada semua penjawat awam membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat.
Mengenai bagaimana beliau merancang untuk menyelaras sasaran Model Ekonomi Baru (MEB) mencapai ekonomi nilai tinggi dan memastikan kos rendah, Najib berkata model itu boleh mewujudkan Malaysia yang inovatif, dipacu oleh kebijaksanaan dan bakat yang baik.

Berhubung saranan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Bumiputera memiliki 67 peratus daripada kekayaan ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kedudukan Bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya, bermakna kerajaan harus meneruskan tindakan afirmatif tetapi pada masa sama memperbetulkan kelemahan yang jelas dalam pelaksanaan sebelum ini.

Jadi, apa yang ingin saya katakan, kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan, tetapi biarlah melihat dengan cara yang akan memberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat, katanya.

Mengenai keraguan terhadap tender terbuka dan sama ada mereka benar-benar telus, Najib berkata, melalui inisiatif baru, ia akan telus memandangkan orang ramai akan dapat melihat syarikat yang gagal dan yang akan mendapat bidaan serta harga bidaan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. - Bernama

Hanya wakil rakyat cemerlang dicalon semula

KUALA LUMPUR 4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mungkin masih bermimpi supaya bekerja untuk memastikan rekod cemerlang dalam kad laporan masing-masing.

Perdana Menteri menyatakan jika terdapat mana-mana wakil rakyat yang 'kad laporannya' teruk, nama mereka tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Biasanya bila ada pilihan raya, ada yang tidak dicalon semula, ada yang dicalon semula. Yang tidak dicalon semula tu, maknanya gagal lah," katanya

Najib berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV malam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu.

Wawancara khas bertajuk Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteridikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Pengarang Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

Perdana Menteri ditanya mengenai prestasi anggota Kabinet dan ahli-ahli Parlimen BN dan sama ada kad laporan prestasi mereka sudah diterima olehnya.

Secara keseluruhannya, Najib berpuas hati dengan prestasi mereka setelah meneliti laporan yang diterima termasuk di kalangan anggota Kabinet.

"Wakil-wakil rakyat ini, kita ada ibu pejabat yang akan pantau dan mereka tahu siapa wakil rakyat yang rajin turun padang, balik kawasan, menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya.

"Mungkin lepas pilihan raya 2008 itu, mereka tergamam sedikit sebab keputusan itu di luar dugaan, jadi bila dalam keadaan itu, dalam masa setahun itu agak kurang aktiviti, tetapi sekarang ini saya nampak sudah ada peningkatan yang ketara," kata beliau.

Dalam pada itu, mengulas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, Najib berkata, BN mahu memenanginya tetapi sebarang keputusan mengenainya bukan merupakan ukuran sebenar kekuatan kerajaan.

"Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum.

"Apa sahaja yang kita lakukan boleh menyumbang ke arah mencapai kepada jangkaan atau psikologi untuk menang dalam PRU-13," katanya ketika ditanya jika beliau ingin menjadikan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai satu ukuran sokongan kepada kerajaan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 17 April dan hari membuang undi pada 25 April ini.

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya

KUALA LUMPUR 4 April - Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TVmalam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu.

Wawancara khas bertajuk Setahun di Aras 5: Temu bual Khas Bersama Perdana Menteridikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Pengarang Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

Mengulas lanjut, Najib berkata, idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri, kemuncak kepada penghayatan gagasan 1Malaysia adalah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.

Najib berkata, kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," katanya.