Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 28, 2010

1Malaysia deka terus dikemajuka: Najib

KUALA LUMPUR: Nilai moral baka enda ditagang lebuh bejalaika pengarap, toleransi, pengelikun enggau adil ke dipegai teguh rayat Malaysia ngelamatu deka terus nyadika tulang belakang ngagai menua tu, taja pan bisi nyadi ulah vandalisme nyerang gerija enggau palan sembiang ke bukai ba menua tu empai lama, ku Menteri Besai menua Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Iya madah menua tu ke ngembuan mayuh macham pupu bansa enggau pengarap nyadika pengering sereta meri penegap ngagai menua tulalu nya nyadika tulang belakang perintah deka bejalaika atur 1Malaysia, iya nya atur ti ngembuan tuju deka ngadaka menua ti tegap sereta adil.

“Tu nyadi ka chabar paling besai, tang enti kitai begempung bejalaika atur nya, nya ulih ngujungka menua kami deka bulih pemujur ke besai,” ku iya lebuh nulis ba sukut penemu dalam majalah The Wall Street Journal ke bisi dikeluarka kemari.

Najib madah ulah vandalisme ke nyerang palan-palan sembiang enggau ulahbetunuka gerija Metro Tabernacle Church empai lama lalu ditangkanka enggau reaksi ari rayat Malaysia.

“Kami deka ngemai orang ke ngereja pengawa vandalisme nya ngagai Kut. Tu meh maya iya kami patut bediri teguh lalu enda kakang ati laban ke sigi enda ulih nerima pengawa ke baka nya lalu deka bulih pemujur nengah atur 1Malaysia,” ku iya.

Ba sukut nya, Najib mega madah nya endang lain ari ripot ke ditulis media menua luar. Berindik ari nya, rayat Malaysia begempung ngelaban sereta mantah ulah vandalisme ke nyerang gerija sereta palan-palan sembiang ke bukai di menua tu.

Ku iya, rayat pupu bansa di menua tu saum penemu ngutuk ulah vandalisme nya lalu madahka ulah nya sigi enda diterima rayat menua tu.

“Raban orang Islam udah sukarela deka nyaga gerija ke bisi ba kandang menua sida. Aktivis sosial Islam mega bisi nulis ngutuk ulah orang ke nyerang gerija nya. Kumpulan sivik Islam mega beserakup enggau orang Kristian, Hindu enggau Buddha kena nentuka semua orang lantang ati sereta likun lebuh bejalaika pengawa dalam pengarap sida,” ku iya nambah baru.

Najib madah pemesai orang Kristian enggau Islam mega minta semua rayat sabar sereta ngatur sesi randau antara pengarap laban sida nemu orang ke ngereja pengawa nya ukai orang ke ngarika majoriti orang Islam ba Malaysia.

Iya madah semua rayat Malaysia deka begempung mutarka isu nya.

Ku Perdana Menteri, mayuh rayat Malaysia pedia ati enggau tuduh ke selebubu ngapa ke dipansutka raban politik menua tu ketebal agi semina mentingka politik sida empu enti dibandingka enggau mentingka menua tu laban suah mansutka jaku pasal isu sensitif ti bekaul enggau insiden nya.

“Tang, perintah milih atur ke lain ari enggi sida,” ku iya.

Iya madah, perintah menua Malaysia seruran semak enggau rayat sereta bejalaika sesi randau tebuka sereta naka ulih mutarka penanggul isu sensitif nya.

Najib madah menua tu mesti seruran bejalaika atur ti adil sereta meri peluang ngagai mensia mayuh kelebih agi di menua tu.

“Ubah ke udah digaga kelebih agi ba sektor utama ekonomi, meransang orang menua luar bedagang di menua tu, numbuhka klinik-klinik 1Malaysia kena meri servis pengerai ngagai rayat sereta ngerembaika peluang belajar ngagai semua rayat menua tu,” ku iya.

Tang, ku iya, politik mega ngenanggul ubah ti deka dipejalaika.

“Tang ubah tu penting laban tikas pengerai enggau ekonomi rayat Malaysia ba timpuh ke panjai semina ulih digaga bepelasarka penyerakup rayat.

“Kami enda nginsit ari niat kami deka nyapai numbuhka menua 1Malaysia,” Ku Najib lebuh nulis ba sukut majalah nya. — Bernama

Anwar ditegur sanggup kompromi agama demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik.

Beberapa tokoh agama ketika dihubungi berpendapat, tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana umat Islam tidak boleh berkompromi sekiranya timbul isu yang menggugat kesucian agama ini.

"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal.

Mohd. Nakhaie menjelaskan, penganut Islam sebenarnya bukan mahu memonopoli kalimah Allah tetapi ia memang hak eksklusif umat Islam.

"Mana boleh hendak disamakan Allah Maha Esa umat Islam dengan Allah dalam agama Kristian yang berkonsep triniti,'' katanya.

Jelas beliau, dalam soal ini umat Islam daripada apa juga fahaman politik sepatutnya bersatu demi mempertahankan kesucian agama Islam.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, pihaknya tetap mempertahankan kalimah Allah sebagai "hak eksklusif" umat Islam.

"Sehubungan itu, tiada siapa pun boleh mempertikaikan soal itu,'' katanya.

Jelas beliau, kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik.

"Jangan cuba samakan penyelesaian isu agama dengan isu politik kerana ia sangat berbeza dan akan menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam,'' katanya.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.

"Kalimah itu memang hak orang Islam dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pendirian seperti ini mengeruhkan lagi keadaan,'' katanya.

Jelas beliau, isu agama harus diselesaikan dengan cara tertutup dan sokongan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak termasuk Anwar, boleh mengugat kesucian Islam

10 ditahan ISA

PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan hanya 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Pengesahan Hishammuddin itu sekali gus menafikan laporan sebelum ini yang menyebut seramai 50 orang ditahan di bawah akta berkenaan.

Menurut beliau, penahanan tersebut membabitkan sembilan orang warganegara asing dan seorang rakyat tempatan.

‘‘Semua kegiatan terorisme yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas antarabangsa merupakan ancaman kepada negara.

‘‘Sama ada mereka merancang melakukan di sini atau di luar negara, selagi (pengganas) berada dalam kawasan kita, ini menjadi bidang kuasa kita dan kita serius dalam menangani terorisme,” tegas beliau.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Dalam Negeri dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negerinya, Datuk Seri Mahmood Adam; Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing anak Mersat dan Datuk Wira Abu Seman Yusof.

Beliau mengulas pendedahan peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Edmund Bon bahawa 50 orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan ditahan Khamis lalu kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan terorisme.

Hishammuddin berkata, kementeriannya berhubung rapat dengan agensi antikeganasan antarabangsa dan kesemua yang ditahan itu adalah mereka yang dikehendaki.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut identiti mereka yang ditahan itu.

‘‘Mereka yang ditahan itu baru tiba di negara ini, jadi ini bukan perkara yang telah bertapak lama di Malaysia.

‘‘Kalau kita tak ambil tindakan cepat saya bimbang ia dapat mempengaruhi mana-mana pihak.

‘‘Perkara ini perlu dikendalikan secara berhati-hati kerana ia merupakan ancaman yang serius kepada keselamatan negara dan kita akan melibatkan kerjasama dengan agensi antarabangsa,” katanya.

PM lancar Malaysia Inovatif 2010

PUTRAJAYA 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 ke arah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu kaedah bagi memberi suntikan inovasi dan kreativiti ke dalam masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan perubahan ke arah itu.

Sambil menekankan agar proses inovasi “diarusperdanakan”, Perdana Menteri ingin melihat inovasi dan kreativiti di negara ini merentasi semua lapisan masyarakat dan mencakupi segala aspek kehidupan.

“Dalam menghala ke arah model ekonomi baru dan maklumat yang berpaksikan kepada pengetahuan dan inovasi, kita perlu sentiasa ingat bahawa hanya negara yang memiliki perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan.

“Inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan milik mana-mana negara atau bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika ia dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa.

“Pandangan bahawa inovasi milik ahli-ahli sains, teknologis dan cerdik pandai berkelulusan tinggi adalah tanggapan yang tidak tepat,” katanya pada majlis pelancaran Malaysia Inovatif 2010 yang bertemakan “Meraikan Kreativiti” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Perdana Menteri yang mahu menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai agenda utama negara, menggariskan beberapa hasrat dan cadangan antaranya, setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu menubuhkan satu unit inovasi khas.

Unit tersebut akan bertanggungjawab terhadap pelbagai kegiatan dan program inovasi.

“Saya ingin melihat pembaharuan yang bukan sahaja tertumpu kepada sistem pengkomputeran malah meliputi semua sistem penyampaian awam dan semua titik sentuh pelanggan supaya lebih cekap, inovatif, pantas dan berkesan,” tegasnya.

Untuk itu kata beliau, kerajaan mencadangkan agar individu atau kumpulan serta agensi kerajaan yang berjaya membawa inovasi diberi ganjaran lumayan setimpal dengan hasil yang diperoleh.

Bagi sektor swasta yang menjadi enjin pertumbuhan pula, Najib berkata, kerajaan berhasrat merangsang pertumbuhan firma-firma swasta yang mempunyai komponen Hak Harta Intelek dijana anak tempatan.

Pada masa sama katanya, sistem perolehan kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada keluaran tempatan dalam pembelian produk dan perkhidmatan.

Tambah Perdana Menteri, usaha-usaha juga perlu dijalankan bagi membangunkan lebih banyak modal intelektual seiring dengan keperluan tenaga mahir.

Katanya, pada masa ini nisbah penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 pekerja ialah 18 orang dan kadar ini sebenarnya berada pada tahap rendah.

Perdana Menteri juga mahu inovasi dan kreativiti masyarakat dimulakan dari peringkat awal dengan budaya kreatif bermula dengan sistem pendidikan dan kekeluargaan.

“Penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif tetapi terkawal berpaksikan budi pekerti, tatasusila dan nilai-nilai murni,” katanya.

Najib juga mengulangi cadangannya agar Pusat Inovasi Negara ditubuhkan bagi berperanan menjana teknologi untuk pembangunan usahawan teknokrat.

“Saya berharap pusat itu akan memainkan peranan sebagai pusat inovasi yang mampu mewujudkan ekosistem yang menitikberatkan bukan sekadar penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi aspek pengkomersialan hasil penyelidikan,” katanya.

Dalam hal ini, kata beliau, kerajaan menggalakkan para cerdik pandai tempatan yang berada di luar negara agar pulang ke tanah air bagi melakukan lonjakan berfikir secara inovatif.

“Banyak negara yang dulunya kita tidak sangka sekarang sudah memiliki pusat penyelidikan atau universiti penyelidikan.

“Mereka tidak mementingkan siapa menjadi presiden universiti, ahli akademik dan para pelajarnya.

“Apa yang penting adalah hanya yang terbaik daripada kalangan terbaik dipilih,” katanya.

Menurut beliau, inilah contoh pemikiran yang diperlukan bagi abad ke-21 iaitu masyarakat negara ini perlukan keberanian untuk melakukan perubahan.

“Kita mesti berani berubah untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Inilah sebenarnya intipati kepada pelancaran malam ini,” katanya.

Tuesday, January 26, 2010

Pilihan raya Sarawak kian hampir?

PUTRAJAYA 25 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, meskipun mandat memerintah kerajaan negeri hanya berakhir Jun 2011 namun berdasarkan pengalaman SPR, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.

"Pilihan raya negeri Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.

"Sebenarnya selain Ketua Menteri Sarawak, SPR juga menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain membincangkan pelbagai aspek dan isu berkaitan pilihan raya.

"Dan ketika bertemu dengan Tan Sri (Abdul Taib), saya menyatakan supaya dapat memberi kami notis yang cukup (sebelum pembubaran DUN) untuk menyediakan kelengkapan menghadapi pilihan raya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Abd. Aziz berkata, beliau juga telah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Sarawak membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Antaranya, kata beliau, SPR negeri diminta menyediakan bajet pilihan raya yang cukup selain menentukan keperluan logistik yang tepat bagi mengelakkan kerumitan yang mungkin timbul.

"Demikian juga dari aspek kos pengangkutan termasuk kadar sewa perahu, helikopter dan jenis pengangkutan laut, sungai dan udara yang lain.

"Kami juga meminta supaya dikenal pasti syarikat-syarikat sewa yang sesuai untuk keperluan ini. Ini semua bagi mengelakkan pegawai SPR 'terperangkap' apabila keputusan pembubaran DUN dibuat dalam tempoh terdekat," katanya.

Monday, January 25, 2010

SPDP lakukan rombakan kecil



KUCHING: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang berlangsung semalam mengambil keputusan melantik Nelson Balang Rining sebagai Setiausaha Agung menggantikan Sylvester Entri Muran.

Balang dipilih sebagai Naib Presiden Kanan II semasa Perhimpunan Agung Tiga Tahunan (TGA) parti berkenaan bulan lepas.

Presiden SPDP Dato Sri William Mawan Ikom dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam memberitahu Entri telah dilantik ke jawatan Naib Presiden bersama Rosey Yunus.

Selain itu, Mawan turut mengumumkan senarai ahli untuk jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi tersebut.

Antaranya ialah jawatan Timbalan Setiausaha Agung disandang oleh Paul Igai, Timbalan Bendahari Agung Senator Pau Chung Ung, Ketua Penerangan Paulus Palu Gumbang dan tujuh ahli biasa iaitu Joseph Wong, Paul Toynbee, Jackson Lintang, Albert Klinsing, Kapten Zainnuddin Hamdan, Maslinda Hamidon dan Kaunselor Lawas.

“Mereka telah dilantik untuk jawatan masing-masing oleh presiden selepas rundingan dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

“Kita berharap dengan barisan dan struktur baru ini, kita dapat melengkapkan diri dan membuat persiapan untuk meningkatkan kerjasama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Mawan yang menyifatkan perubahan dalam MT itu sebagai pertukaran jawatan, meminta calon-calon yang bertanding menerima sebaiknya keputusan tersebut.

“Mungkin ada yang tersinggung mengenai keputusan ini, tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, ia berkaitan dengan tanggungjawab dan bukannya mengikut kehendak.

“Saya berharap semua pihak memahami bahawa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan ahli dan parti dan bukannya untuk mempromosikan status dan kepentingan peribadi,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata SPDP komited kepada strategi jangka panjang yang holistik untuk membentuk pasukan dan mempromosikan status berpasukan bagi menjamin kerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, media difahamkan bahawa beberapa ahli tidak gembira dengan keputusan pelantikan itu dan beberapa ahli kelihatan meninggalkan mesyuarat lebih awal.

Antara yang kelihatan balik awal adalah Entri, Datuk Dr Tiki Lafe (Naib Presiden III), Paulus Palu Gumbang dan Rosey Yunus.

Selain itu, Mawan memberitahu mesyuarat tersebut turut memutuskan penubuhan dua jawatankuasa berasingan sebagai tindakan susulan untuk menangani perkara-perkara yang dibangkitkan semasa TGA lepas.

“Antaranya ialah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai ketetapan yang telah dikemukakan oleh pelbagai cawangan yang ditubuhkan sempena TGA.

“Jawatankuasa sedia ada pula mengemas kini pindaan kepada perlembagaan yang telah disokong sepenuhnya oleh TGA dan jawatankuasa kerja…dan kita seterusnya akan mengemukakannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden SPDP Datuk Peter Nyarok Entrie dan Naib Presiden Kanan SPDP Datuk Jacob Dungau Sagan.

SPR ganti undi pos

Sistem mengundi lebih awal juga dicadangkan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji memperkenalkan sistem pengundian awal yang membolehkan sebilangan pemilih mengundi lebih awal, selain dua hari sebelum tarikh pengundian sebagai tempoh bertenang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksana di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.


Katanya, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan undi pos dengan menambah bilangan pengundi yang layak untuk mengundi awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti bertugas pada hari itu dan sebagainya," katanya.

Wan Ahmad berkata, mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan setiap rakyat mengundi.

Wan Ahmad dan beberapa pegawai SPR melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lalu bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal yang digunakan negara itu serta undang-undang berkaitan.

"Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem berkenaan dengan cukup baik," katanya.

Beliau berkata, SPR akan mengemukakan cadangan sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya.

Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya, SPR juga akan cuba mengesyorkan kemasukan pengundi kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari

Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.

Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftarnya mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan.

Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, semua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin.

Wan Ahmad berkata, SPR juga sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.

Walaupun peraturan sekarang menetapkan kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata, budaya politik yang diamalkan di negara ini tidak menghormati peraturan itu. - Bernama