Pages

Ads 468x60px

Monday, December 22, 2008

Rebat RM705 kepada pemilik enjin sangkut?

KUCHING 21 Dis. - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk memberi subsidi dalam bentuk rebat kepada lebih 31,000 pemilik enjin motor sangkut di Sarawak berjumlah RM705 bagi setiap enjin pada tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, subsidi itu akan diberikan kepada pemilik enjin sangkut yang telah mendaftar dengan pejabat daerah di negeri ini.

Menurutnya, cadangan itu adalah satu daripada tiga isu yang telah dibawa ke perhatian kerajaan Julai lalu, sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah harga barang dan kos pengangkutan yang wujud di kawasan luar bandar di negeri ini.

''Setakat ini, terdapat lebih 31,000 pemilik enjin motor sangkut menggunakan petrol atau diesel telah mendaftar dengan pegawai-pegawai daerah dan jumlahnya telah ditentukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media Sarawak 2008 di sini semalam.

Shahrir berkata, selain pemberian subsidi itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan status yang sama bagi setiap stesen minyak terapung di sungai-sungai besar di Sarawak sama seperti stesen yang beroperasi di darat.

Katanya, kerajaan juga telah bersetuju untuk membayar kos pengangkutan minyak petrol dan diesel ke kawasan pedalaman sama ada menggunakan sungai atau darat.

''Sekiranya cadangan-cadangan ini diselaraskan, saya yakin banyak masalah yang berpunca daripada kos pengangkutan ini akan dapat diselesaikan pada tahun depan, termasuk di kawasan Kinabatangan dan Pensiangan di Sabah," katanya.

Shahrir memberitahu, kementeriannya akan melancarkan projek perintis 'Program Penghantaran Terus Barang-Barang Terkawal' yang ketiga bertempat di Saratok, Sarawak pada 22 Januari hadapan.

Menerusi projek ini ujarnya, kerajaan akan memberikan subsidi bagi setiap kos pengangkutan barang-barang terkawal ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurutnya, dengan pelaksanaan program itu, kerajaan akan dapat memastikan barang-barang terkawal ini akan sampai ke kawasan luar bandar dan harganya pula akan sama seperti harga barang yang dijual di kawasan bandar.

*Petikan daripada Utusan Malaysia

Thursday, December 18, 2008

Hak perlembagaan Sarawak tidak terjejas

KUCHING 17 Dis. – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) tidak akan menghakis hak perlembagaan Sarawak dalam pelantikan hakim kerana sistem kehakiman sedia ada mengenai pelantikan hakim dari negeri itu akan dikekalkan selepas rang undang undang SPK diluluskan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi beliau pagi ini untuk memberikan jaminan rang undang-undang itu tidak akan menghakis hak perlembagaan yang diberikan kepada negeri itu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mengenai kadudukan perlembagaan dalam pelantikan hakim-hakim, Sarawak tidak akan terjejas dengan undang-undang baru itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Walaupun masih belum membaca isu kandungan rang undang-undang itu, Taib yakin rang undang-undang itu akan menambaik baik sistem pelantikan hakim kerana suruhanjaya itu akan memainkan peranan serupa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Tidak banyak perubahan kecuali proses pelantikan, ia lebih profesional dan tersusun,” katanya.

Menurut beliau, suruhanjaya itu akan menyenarai pendek calon yang layak untuk disyorkan kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri kemudiannya akan mengusulkannya kepada Majlis Raja-Raja, pihak berkuasa terakhir bagi pelantikan hakim, untuk kelulusan.

Katanya, sistem sedia ada perlu dikekalkan kerana sesetengah undang-undang yang dikuatkuasakan di kedua-dua negeri tidak seragam dengan undang-undang di Semenanjung.

Beliau berkata, misalnya undang-undang tanah di Sarawak dan Sabah berbeza dengan undang-undang tanah di Semenanjung dan bagi memastikan keadilan dipelihara, ia memerlukan hakim dari negeri berkenaan untuk memastikan pengendalian lebih baik undang-undang tertentu yang termaktub di kedua-dua negeri.

Pada konvensyen tahunan ke-14 DAP Sarawak pada Ahad lepas, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa rang undang-undang SPK akan menjejaskan hak perlembagaan Sarawak dan Sabah membabitkan Perkara 122B dan 161E(2)(b) kerana suruhanjaya itu akan menghakis kuasa Yang di-Pertua Negeri di kedua-dua negeri daripada segi pelantikan, kenaikan pangkat dan penggantungan hakim.

Dalam perkembangan lain, Taib berkata, rombakan Kabinet negeri akan dilakukan selepas Mac 2009 selepas penyerahan kuasa kepada Perdana Menteri baru diadakan kerana beliau perlu berunding dengan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum melakukan rombakan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ia melibatkan rombakan besar atau kecil kerana memerlukan masa untuk memikirkannya.

– Bernama

2 akta baru bukti BN kuat, disokong

Kelulusan tanpa pinda Perlembagaan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dua rang undang-undang penting berkaitan usaha membasmi rasuah dan pelantikan kehakiman yang diluluskan di Dewan Rakyat, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kuat dan mendapat sokongan ramai.

Sambil melahirkan rasa syukur Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan semalam dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 yang diluluskan kelmarin, Perdana Menteri berkata, ia kejayaan BN dalam usaha membasmi rasuah dan meningkatkan lagi integriti sistem kehakiman serta keyakinan rakyat.

"Ini memang penting dan saya sangat gembira kerana ramai orang beranggapan kita tidak akan dapat meluluskan rang undang-undang sebegini kerana menganggap kerajaan ini lemah dan tiada kekuatan.

"Orang beranggapan rang undang-undang ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan dan BN tidak ada majoriti dua pertiga. Habis macam mana hendak meluluskannya tanpa meminda Perlembagaan? Alhamdulillah, rang undang-undang ini diluluskan tanpa meminda Perlembagaan.

"Apabila kita berjaya menghapuskan rasuah dan meningkatkan kewibawaan sistem kehakiman, ini akan memberi kedudukan lebih baik dari segi daya saing dan akan dapat menarik pelabur ke Malaysia kerana negara kita sudah tidak ada gejala rasuah dan mereka yakin dengan sistem kehakiman kita," katanya ketika ditemubual secara lintas langsung menerusi Warta Perdana TV1, di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, yang bertujuan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK). Suruhanjaya itu bertanggungjawab terhadap pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, termasuk pelantikan Ketua Hakim Negara.

Ia akan dinamakan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 selepas diluluskan, mengandungi 37 fasal dan lima bahagian.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 yang turut membabitkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997, diluluskan kelmarin.

Kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Perdana Menteri, Rabu lalu.

Abdullah berkata, penggubalan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuktikan kerajaan serius untuk menghapuskan gejala rasuah.

* Petikan daripada Berita Harian

Najib umum calon BN esok

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumumkan Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengesahkan mengenai perkara itu ketika ditanya oleh pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) projek Edible Garden di antara Felda dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas lanjut mengenai calon BN yang akan diumumkan Sabtu ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Berikutan kekosongan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh pilihan raya kecil kawasan itu manakala 6 Januari sebagai hari penamaan calon.

* Petikan dari Utusan Malaysia

Wednesday, December 10, 2008

RM200 JUTA BANTU BAIK PULIH RUMAH RAKYAT MISKIN

Datuk Seri Najib Razak di Kuantan, Pahang berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran membaik pulih 30,000 rumah milik rakyat termiskin di Malaysia. Program ini akan dijalankan dalam tempoh dua tahun mulai tahun hadapan dibawah Program Amal Jariah (PAJ).

Untuk itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membiayai projek itu tahun depan serta berharap agar sektor swasta tampil untuk memberikan sumbangan tambahan RM100 juta untuk memastikan sasaran 30,000 rumah terbabit berjaya dilaksanakan.

Setakat ini sudah ada maklum balas positif daripada sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berminat menyertainya dan satu majlis penyerahan sumbangan mereka akan diadakan tidak lama lagi. Program Amal Jariah akan diuruskan Prokhas Sdn Bhd (Prokhas) iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), merupakan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan Bajet 2007.

Pada tahun 2008, sebanyak RM 50 juta telah diluluskan untuk membaik pulih 8, 400 rumah golongan miskin. Manakala peruntukkan sebanyak RM 100 juta tahun 2009 akan digunakan untuk membaiki 15, 000 rumah disamping memerlukan sumbangan RM 100 juta daripada sektor swasta untuk menjayakan program murni ini.

Kerajaan amat memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat yang menghadapi kesulitan untuk membaik pulih rumah mereka yang usur. Diharapkan bantuan kerajaan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan apa yang lebih penting ialah golongan ini dapat hidup dengan selesa. Terima kasih kepada kerajaan dan sektor swasta diatas usaha mereka untuk sama-sama membantu golongan miskin di negara ini.

Tuesday, December 2, 2008

SABAH DAN SARAWAK : TANAH NCR DIIKTIRAF JIKA ADA BUKTI

Kerajaan nafi akan rampas hak milik penempatan diduduki sebelum 1958 

SAMARAHAN: Kerajaan negeri akan mengiktiraf kedudukan tanah hak milik adat (NCR) sekiranya ada bukti sahih menunjukkan tanah berkenaan diusahakan dan diduduki penduduk sebelum 1958. 

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata dengan adanya bukti, ia akan memudahkan kerajaan mempertimbangkan urusan berkaitan tanah berkenaan.

Katanya, tindakan segelintir pihak yang melemparkan dakwaan kerajaan akan merampas tanah NCR milik rakyat sesuka hati adalah tidak berasas sama sekali. 

"Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR sekiranya ada bukti sahih menunjukkan mereka adalah pemilik asal tanah berkenaan. 

"Mereka yang mengambil kesempatan memainkan isu ini cuma mahu membuat propaganda semata-mata bagi kepentingan peribadi," katanya ketika menghadiri Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Surat Hak Milik Tanah di Dewan Masyarakat Tebedu di sini, kelmarin.

Seramai 93 penduduk sekitar Kampung Tebedu menerima pampasan sejumlah RM872,293.98 membabitkan 24 lot tanah NCR berkeluasan 20.97 hektar yang diambil bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu beberapa tahun lalu. 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Datuk Micheal Manyin Jawong; Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedup, Frederick Bayoi Manggie. 

Awang Tengah berkata, tanah NCR yang diambil bagi digunakan untuk pembangunan kemudahan infrastruktur, kerajaan Negeri membayar pampasan mengikut kadar semasa nilai tanah. 

"Proses mengambil tanah dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan selain kerajaan perlu mengenal pasti apakah jenis projek yang akan dibangunkan sebelum kawasan berkenaan diambil.

"Pengambilan tanah bagi aktiviti pembangunan infrastruktur bukan percuma sebaliknya penduduk dibayar pampasan yang jauh menguntungkan berbanding tanah yang tidak diusahakan tanpa kemudahan infrastruktur yang baik," katanya. 

Beliau berkata, konsep baru pembangunan tanah adat sekarang ini memerlukan kerajaan memajukan sesebuah kawasan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti rangkaian jalan raya, sekolah, klinik, sistem perparitan yang lebih teratur. 

Katanya, tanah di sekeliling sesuatu kawasan NCR tanpa kelengkapan kemudahan infrastruktur tidak akan dapat dibangunkan selain tidak mempunyai nilai komersil.

*Petikan daripada Berita Harian 2/12/2008

Thursday, November 27, 2008

USUL POTONG GAJI MENTERI SEBANYAK RM10


Ada-ada saja usul yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru, Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengemukakan potongan gaji sebanyak RM10 kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussin semasa persidangan Dewan Rakyat semalam. Teo dalam usulnya meminta gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana didakwa gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).  Pada masa sekarang kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai untuk tujuan itu.

Wednesday, November 26, 2008

Satu bilion lagi unit ASW ditawar

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Khamis ini, akan mula menawarkan jualan tambahan satu bilion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), dana amanah yang popular di kalangan bukan bumiputera.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, unit-unit baru itu akan dijual pada pukul 8 pagi di 10 pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan 1,627 cawangan ejen ASNB seluruh negara.

ASW 2020 yang merupakan dana pendapatan berharga tetap RM1 seunit dijual kepada semua rakyat negara ini tertakluk kuota 51 peratus kepada golongan bumiputera manakala bakinya kepada bukan bumiputera.

''Bagi memastikan penyertaan yang saksama, had pelaburan maksimum sebanyak 10,000 unit akan dikenakan bagi setiap akaun dalam tempoh tawaran bermula 27 November hingga 3 Disember ini. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, had pelaburan maksimum akan dihapuskan,'' kata Hamad Kama Piah dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Penjualan itu adalah penambahan unit kali keenam sejak pelancarannya pada 28 Ogos 1996, sekali gus meningkatkan saiz dana ASW 2020 kepada 10.42 bilion berbanding 9.42 bilion sebelum ini.

Dana ASW 2020 adalah paling besar saiznya di kalangan lapan dana unit amanah milik PNB, boleh dilanggani oleh rakyat Malaysia yang berusia enam bulan ke atas.

Dana itu juga pernah mencatat sejarah dalam industri unit amanah negara apabila kuota langganan pelabur bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit pada 1 September 2006.

Pada ketika itu, firma pelaburan terbesar negara itu menawarkan jualan unit ASW 2020 sebanyak satu bilion unit.

Hamad Kama Piah menjelaskan, penambahan unit dibuat semula pada tahun ini sebagai usaha memberi peluang kepada pelabur yang tidak berkesempatan melanggan saham amanah berkenaan sebelum ini.

Pada September tahun lalu, ASW 2020 telah ditambah sebanyak dua bilion unit baru dengan had langganan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pelabur.

Pada Mac lalu pula, PNB telah membuat penambahan unit Dana ASW 2020 sebanyak satu bilion unit lagi tetapi mengenakan had langganan maksimum berjumlah 50,000 unit setiap seorang.

Hamad Kama Piah yakin melalui strategi mengehadkan pembelian unit saham amanah sehingga 10,000 unit untuk satu akaun sahaja kini, akan meluaskan lagi peluang pelaburan kepada lebih ramai pelabur.

''Kami tidak menjangkakan sebarang rekod jualan dicatat kali ini seperti mana berlaku pada tahun lalu tetapi apa yang penting, terdapat penyertaan pelabur yang menyeluruh,'' katanya.

Beliau menjelaskan, pelabur yang layak juga boleh melabur dalam ASW 2020 melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Sejak ia dilancarkan, purata pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 adalah 7.74 sen seunit.


*Dipetik daripada Utusan Malaysia

UNIVERSITI BERPERANAN MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI

Universiti di negara kita semakin berkembang dan telah melahirkan ribuan graduan-graduan yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Justeru itu, Perdana Menteri semalam mahukan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mengisi komponenseperti kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat (IT), keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas pengurusan serta kelebihan berkaitan lain selain daripada teras pengajian dari asas teori dan praktikal di dalam setiap program pengajian yang ditawarkan yang boleh memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran serta memperkasa keyakinan diri pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam pekerjaan. 

Program pengajian yang ditawarkan di IPT perlu mengambil kira keperluan semasa masyarakat dan negara, khususnya dalam konteks global. Di samping itu juga, kerajaan menggalakkan program berbentuk double major atau major minor bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian. Perdana Menteri yang berucap semasa merasmikan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Bandar Baru Nilai.

Dengan penubuhan Usim dapat memastikan tiada golongan dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana dan universiti itu dapat menampung tempat lebih daripada 4,000 pelajar yang semuanya lepasan sekolah aliran agama. 

Selain itu, Malaysia berpotensi menjadi pusat tumpuan ilmu di kalangan negara Islam seluruh dunia berikutan infrastruktur pengajian yang sudah tersedia selain sokongan dua komponen penting lain bagi mencapai sasaran itu. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk universiti bertaraf dunia, kewujudan USIM diharap dapat mencapai inspirasi semua rakyat Malaysia. 

Tuesday, November 11, 2008

BERI TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN TANAH NCR

Semalam kerajaan negeri dalam Utusan Malaysia menyatakan akan memberi tumpuan kepada pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini secara komersial melalui konsep Pembangunan Tanah NCR. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan semalam berkata, pendekatan konsep tersebut akan melibatkan pendaftaran pemilik-pemilik tanah NCR.

Menurut beliau, pemilik-pemilik tanah berkawasan kecil digalakkan untuk menggabungkan tanah-tanah mereka supaya dapat dimajukan secara komersial. Kaedah ini banyak memberi manfaat lebih-lebih lagi ia memastikan tanah-tanah mereka tidak terbiar dan terus kekal menjadi milik masing-masing. Selain daripada itu, usaha ini harus dilihat sebagai salah satu daripada strategi kerajaan untuk menangani trend penghijrahan luar bandar ke bandar.

Dalam perkembangan lain, kerajaan begitu prihatin dan sensitif dalam menangani semua isu yang melibatkan kebajikan rakyat termasuk isu pelanjutan tempoh surat hak milik tanah. Dasar pelanjutan hak milik tanah digubal dan diperkenalkan setelah kajian terperinci dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian, kesan, impak, keperluan sosial, taraf kehidupan dan keperluan golongan berpendapatan rendah.


RM175 juta untuk laksana projek bekalan air luar bandar

Menurut  Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Kemudahan Awam Sarawak peruntukkan sebanyak RM 175.1 juta untuk melaksanakan 117 program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang termasuk 59 projek bekalan air bersih alternatif, 56 projek retikulasi dan dua projek bekalan air rawatan alternatif bagi tempoh 2006 hingga 2008.

Se jumlah daripada 59 projek bekalan air bersih, 58 projek tersebut telah siap dilaksanakan manakala satu lagi projek adalah di Ba'kalalan yang menggunakan sistem tapisan air yang telah sedia untuk dilaksanakan.

Dalam pada itu, dua projek bekalan air rawatan alternatif akan dilaksanakan di Kampung Stass dan Bario manakala projek di Bario pula sedang dalam pembinaan dan 80 peratus hampir siap.  Datuk Seri Awang Tengah memberitahu di Utusan Malaysia, daripada 56 projek retikulasi, sejumlah 49 projek (87.5 peratus) telah disiapkan dan enam lagi masih dalam pembinaan manakala projek BALB di kawasan Lubuk Bemban, Sungai Duan serta Bedengan di bahagian Mukah dijangka dimulakan pada awal tahun depan.

Thursday, November 6, 2008

PELAN PAKEJ RANGSANGAN FISKAL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan pelan PAKEJ RANGSANGAN FISKAL di parlimen beberapa hari yang lepas.
Daripada pelan tersebut, sebanyak lima belas bentuk peruntukan telah dirangka hasil daripada penjimatan RM7 bilion daripada subsidi minyak . Peruntukan kali ini lebih kepada  pembinaan rumah kos rendah dan dana pelaburan bagi sektor swasta. Antara langkah utama adalah membina 6500 unit rumah mampu milik yang akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), 4000 unit dibawah Program Perumahan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 15 ribu unit bernilai antara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah bagi Semenanjung dan antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak
dengan peruntukkan berjumlah RM 1.2 billion ringgit.

Selain itu peruntukkan sebanyak RM500 juta ringgit bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka. Ini termasuklah membaikpulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera. Peruntukkan sebanyak RM 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, PIA dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), bagi menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil. RM 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

RM500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

RM 200 juta ringgit diperuntukkan untuk sektor pendidikan.

RM 300 juta ringgit diperuntukkan bagi dana program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. 

RM 500 juta ringgit akan digunakan bagi sistem pengangkutan termasuklah menyelenggara sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

Peruntukan sejumlah RM1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta termasuklah memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. 

RM 400 juta ringgit lagi diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. Adalah harapan negara menjelang tahun 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300 ribu premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

RM200 juta ringgit akan digunakan bagi program latihan melibatkan golongan belia yang akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

RM 100 juta ringit bagi memperkasakan golongan belia melalui program baru.
RM 200 juta ringgit bagi gerak semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.

RM 100 juta ringit bagi membantu sektor IKS, kerajaan akan menambah premis perniagaan, juga memperindah suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. 

RM100 juta ringgit  untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti diperuntukkan bagi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun seperti  pogram seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas Pra-Sekolah.

 

Monday, November 3, 2008

Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO

Laporan dari Berita Harian hari ini telah memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno selepas menerima 141 pencalonan daripada bahagian parti itu yang sudah pun mengadakan persidangan perwakilan masing-masing semalam. 

Dengan kemenangan ini, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan kedudukan sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan Presiden Umno. Dengan menerima 141 pencalonan daripada 189 bahagian yang menyokong pencalonan beliau maka telah menutup ruang calon lain untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak.

Wednesday, October 29, 2008

PBB tidak pernah jadi pembuli

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak pernah menjadi pembuli kepada mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, sebaliknya sebarang keputusan yang dibuat oleh BN negeri adalah hasil rundingan dan permuafakatan bersama yang dipersetujui setiap parti yang mewakili semua kaum. 

Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata dakwaan yang mengatakan PBB menjadi pembuli pada peringkat BN Sarawak adalah tidak bersasas sama sekali, biarpun parti itu menjadi tonggak serta tulang belakang BN negeri. 

Katanya, semua parti komponen BN Sarawak sentiasa saling membantu dan individu yang menuduh PBB sebagai pembuli adalah individu yang jahil dari segi sejarah politik Sarawak.

 

"Sepanjang lebih 30 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak pernah melihat PBB atau mana-mana parti komponen BN membuli satu sama lain, sebaliknya kita sentiasa saling membantu dalam keadaan susah dan senang," katanya. 

Beliau mengulas kenyataan seorang ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS), Beginda Minda, yang disiarkan portal Malaysiakini, kononnya mendakwa Umno pembuli di peringkat Pusat, manakala PBB adalah pembuli di peringkat negeri Sarawak. 

Abang Johari berkata, Umno juga tidak pernah mengganggu parti lain, malah parti itu membantu MCA yang berdepan dengan krisis dalaman pada 1984 hingga 1985.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ketika itu, Tun Ghafar Baba, diberi kepercayaan sebagai orang tengah serta presiden sementara oleh MCA dalam tempoh 14 bulan krisis berkenaan. 

Sementara itu, Presiden PRS, Datuk Sri Dr James Jemut Masing, berkata Beginda bukanlah Ketua Penerangan PRS Balleh seperti didakwanya dalam Malaysia-kini, sebaliknya beliau cuma ahli biasa pada masa sekarang dan pernah menjadi ketua penerangan Balleh satu ketika dulu. 

Katanya, kenyataan Beginda itu bersifat individu dan bukan pendirian parti itu, yang menghormati semangat permuafakatan dan kerjasama dalam BN selama ini. 

"Bagi saya, ia hanya pandangan individu dan tidak mewakili suara parti. Perkara buli membuli tidak pernah berlaku dalam BN atau oleh mana-mana parti komponen BN.

"Kita tidak boleh menyekat individu daripada bersuara, tetapi yang jelas PRS tidak bersetuju dengan pandangan Beginda itu," katanya. 

Ditanya apakah tindakan akan diambil terhadap Beginda sebagai ahli PRS kerana membuat kenyataan sedemikian, Masing berkata, kenyataan itu tidak membawa sebarang makna kerana apa yang lebih penting ialah pendirian PRS sendiri sebagai salah satu parti komponen BN negeri. 

"Kita tak perlu perbesarkan isu ini kerana Beginda hanya ahli biasa yang tidak ada sebarang kapasiti atau jawatan dalam parti. Suara beliau langsung tidak mewakili suara parti," katanya.

Petikan daripada Berita Harian

Monday, October 27, 2008

SYOR KERAJAAN TUBUHKAN KUMPULAN PEMIKIR

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau bagi mencari kaedah menyelamat negara daripada menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang. Kumpulan pemikir akan dianggotai oleh pakar - pakar ekonomi yang akan berbincang dan mengumpul data serta memberikan cadangan-cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Temuai : Langkah ini diharap dapat membantu kerajaan mengenalpasti opsyen-opsyen yang difikirkan dapat menyelesaikan masalah dari semua sudut.

Friday, October 24, 2008

Penyamun Kubur Datang Lagi!!!!


Sri Aman - Kejadian menyelongkar kubur menjadi lagi dan kali ini kubur Kristian Roman Katolic menjadi mangsa kepada penyamun-penyamun ini. Apa yang menyedihkan, empat kubur ini telah diselongkar dan dirosakkan hanya kerana ingin mendapatkan saki-baki peninggalan simati. Dimanakah mereka ini meletakkan akal fikiran mereka? Kejadian ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi dilakukan oleh mereka yang tidak berperi-kemanusiaan yang tidak menghormati mendiang simati. Diharapkan kejadian ini disiasat dengan segera dan agar mereka yang bertanggungjawab dapat diberkas dan diambil tindakan yang sewajarnya.


Majlis Fatwa haramkan perlakuan 'pengkid'

Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam mengharamkan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian adalah wajar dan patut dilaksanakan sejak dari dulu lagi. Aktiviti pengkid amatlah serius dan tidak sihat yang boleh membawa banyak masalah sosial kepada negara. Menurut, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki. Gejala ini harus dihentikan, pihak ibu bapa dan masyarakat harus bersama berganding bahu membendung masalah ini daripada terus merebak.



Thursday, October 16, 2008

Abdullah mahu peniaga turunkan harga barang

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu peniaga menurunkan harga barang selaras dengan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan kelmarin. Sehingga kini, harga barangan disekitar bandar Sri Aman masih sama dan belum menunjukkan penurunan harga yang ketara.

Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad untuk memanggil wakil persatuan pengguna bagi membincangkan peranan dan kuasa yang ada pada mereka. Persatuan pengguna harus berkerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan harga barangan keperluan selaras dengan harga minyak kini.

Selain itu pengguna harus menggunakan kuasa beli mereka dengan bijak. Dengan cara berbelanja dengan berhemah jika diteruskan akan memberikan membantu menurunkan harga barangan.


HINDRAF ADALAH PERTUBUHAN HARAM

Kerajaan semalam mengharamkan pertubuhan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berikutan kegiatannya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Selain itu, tindakan HINDRAF dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengatakan tindakan pengharaman itu diambil bukan berasaskan satu atau dua kegiatan pertubuhan terbabit yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua aktivitinya sejak ia ditubuhkan. Perintah ini dibuat setelah hasil pemantauan dan penyiasatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai kegiatan Hindraf sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang.

Hindraf yang mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Dan pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Baru-baru ini, HINDRAF juga telah melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Syed Hamid menasihatkan orang ramai agar tidak membabitkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

Tindakan kerajaan mengharamkan pertubuhan itu adalah wajar kerana HINDRAF sejak penubuhan sering kali mengapi-apikan isu perkauman yang membawa gejala yang tidak sihat dan merenggangkan hubungan diantara kaum. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, saya sangat bersetuju tindakan pengharaman pertubuhan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Berpandukan sejarah yang lepas isu perkauman boleh memporak-perandakan negara kita seperti apa yang berlaku pada Tragedi 13 May. Dan saya percaya anda rakyat Malaysia tidak mahu ianya berulang……………..

Wednesday, October 15, 2008

BERITA BAIK KEPADA RAKYAT MALAYSIA - HARGA MINYAK TURUN LAGI

Pagi ini, saya melihat pemandu di Sri Aman keadaannya amat tenang sekali, lebih-lebih lagi berita mengembirakan yang diumumkan oleh kerajaan semalam yang menurunkan harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen untuk setiap liter yang telah berkuat kuasa hari ini. Kegembiraan jelas terpapar dikalangan pengguna jalan raya, malah bersyukur dengan penurunan ini. Hari ini harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam amat tepat pada masanya dikala harga barangan semakin mahal sejak kenaikan harga minyak. Adalah menjadi harapan rakyat agar barangan dapur & keperluan harian akan turut menurun sejajar dengan penurunan harga minyak ini. Dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter, rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan mengurangkan bebanan rakyat terutamanya kepada mereka berpendapatan rendah.

Berita ini juga mengembirakan penduduk pendalaman yang masih menggunakan set generator untuk menjanakan elektrik. Dengan penurunan harga ini, mereka boleh menarik nafas lega dan mengharapkan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) akan giat dibangunkan agar mereka dapat menikmati bekalan eletrik 24 jam. 

Monday, October 13, 2008

Lagi Kebakaran di Rumah Panjang



Sri Aman – Pada jam 04.30 pagi tadi 13 Oktober 2008 telah berlaku kebakaran di Rh. Noria Ampat, Entulang Danau, Sri Aman iaitu di kawasan DUN N.26 Bukit Begunan. Kebakaran yang berlaku awal pagi tersebut yang berpunca daripada litar pintas api elektrik telah memusnahkan sebuah rumah panjang sepanjang empat belas (14) pintu. Kejadian tersebut telah mengakibatkan 14 buah keluarga hilang tempat tinggal. Pihak Bomba yang tiba selepas menerima laporan bergegas ke tempat kejadian namun gagal memadamkan api yang telah meranapkan rumah tersebut. Penduduk rumah panjang ini memerlukan bantuan seperti makanan, pakaian dan perkakasan dapur dan tempat tinggal. Jabatan Kebajikan Sri Aman telah dihubungi dan bergegas ke temapat kejadian untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran. YB Tn Masir Kujat, APAR P.202 Sri Aman dan YB En Mong Dagang, ADUN Bukit Begunan telah pun dimaklumkan dengan kejadian tersebut. Mangsa kebakaran amat mengharapkan bantuan makanan, pakaian dan tempat tinggal sementara.


Habis ranap rumah panjang dijilat api awal pagi tadi


Pihak BOMBA tiba untuk memadam api


Kemusnahan teruk





Friday, October 10, 2008

PENGORBANAN TERBESAR DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO Mac 2009 merupakan pengorbanan terbesar beliau. Peralihan kuasa ini akan dilakukan setahun lebih awal yang sepatutnya dilaksanakan pada Jun 2010. Keputusan beliau yang diputuskan pada taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden yang seterusnya membuka laluan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Keputusannya itu mencerminkan keikhlasan Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan rakyat, parti dan negara melebihi segala-galanya. Hidup Pak Lah....

Thursday, October 9, 2008

Kes penderaan seks kaum Penan disiasat segera

Polis Sarawak telah memulakan siasatan ke atas kes penderaan seks gadis Penan yang didakwa telah dirogol oleh pekerja pembalakan di Baram. Semalam Menteri Pembangunan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menyiasat dakwaan kes penderaan seksual wanita kaum Penan oleh pekerja syarikat pembalakan dan tidak akan membiarkan perkara seperti itu terus berlaku kerana ia membabitkan wanita dari kaum minoriti yang memerlukan perhatian.

Baru-baru ini akhbar menyiarkan mengenai laporan NGO di Switzerland dalam laman web, Bruno Manser Foundation (BMF), dakwaan penderaan seksual terhadap wanita Penan dalam daerah Baram. Begitu juga dengan dakwaan daripada The Star pada Isnin lalu yang melaporkan pelajar asrama di dua sekolah menengah di Baram Tengah yang telah menjadi mangsa salah laku seks oleh pekerja syarikat pembalakan selepas mereka menaiki kenderaan pekerja untuk ulang alik ke sekolah. Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan polis dan orang ramai diharap tidak akan membuat sebarang spekulasi sehingga kes tersebut selesai.

Wednesday, October 8, 2008

Rebut Jawatan MT UMNO

Pemilihan Jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijangka akan berlaku pada bulan Mac 2009 menjadi semakin hangat. Biarpun umat Islam sudah mula bekerja, fokus utama lebih tertumpu kepada pengumuman Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi samada beliau akan mempertahankan jawatanya sebagai Presiden UMNO atau sebaliknya. Begitu juga, kerusi Timbalan Presiden UMNO turut panas dengan beberapa individu telah secara terang akan menandangi kerusi tersebut pada pemilihan tahun hadapan.

 

Selain itu, ramai pemimpin yang telah menawarkan diri untuk bertanding menjawat Ahli MT adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad; Ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum; Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua Umno bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Friday, September 12, 2008

Isu Pembangunan di kawasan P.202 Sri Aman



Selama 51 tahun Malaysia telah merdeka, telah banyak projek-projek pembangunan dilaksanakan di seluruh Malaysia. Malahan negara kita, Malaysia menjadi ikon kepada negara luar untuk dicontohi dari pelbagai aspek. Antaranya dari segi politik, ekonomi, pembangunan, sosial dan sebagainya. Malahan Malaysia megah dengan berdirinya bangunan mercu tanda seperti Menara Berkembar Petronas, KLCC, Putrajaya, Multimedia Super Corridor, Litar Sepang dan sebagainya. Dengan pimpinan kerajaan sedia ada, Malaysia berkembang pesat dengan adanya projek mega seperti NCER, SCORE dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masih terdapat kawasan terutamanya di Sarawak  yang amat dahagakan pembangunan seperti di Sri Aman. Sri Aman merupakan bahagian ke-2 setelah Kuching dan antara bandar yang terawal di negeri bumi kenyalang. Ringkasnya, dikawasan Sri Aman masih banyak kampung – kampung dan rumah – rumah panjang yang masih belum mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya. Isu bekalan eletrik adalah isu utama dan menjadi buah mulut penduduk yang telah lama menantikan projek ini. Seperti jatuh ditimpa tangga, penduduk kini terpaksa menanggung beban harga petrol dan diesel yang amat tinggi kerana mereka masih bergantung kepada set generator untuk menjanakan kuasa elektrik. Untuk makluman, penduduk secara purata terpaksa membelanjakan RM300.00 – RM400.00 untuk kos petrol/diesel sebulan yang mana amat membebankan penduduk kampung yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan petani dan pekebun kecil. Oleh yang demikian, amat besar harapan penduduk agar kerajaan yang memerintah dapat membantu meringankan beban tanggungan mereka.

 

 

tengiling terbai