Pages

Ads 468x60px

Wednesday, October 10, 2012

Projek naik taraf Jalan Sri Aman/Sembau giat dilaksanakan


SRI AMAN: Janji ditetapi apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya setelah kerja projek menaik taraf Jalan Sri Aman/Sembau/Stumbin/Lingga sepanjang 66 kilometer itu kini sedang giat dilaksanakan.


Projek yang bernilai lebih RM50 juta itu bermula pada 24 Ogos tahun lalu dan dijangka siap pada 23 Jun tahun hadapan. Seorang guru yang berasal dari Tajur, Sri Aman yang kerap berulang-alik melalui jalan raya itu memberitahu memandu kereta ke tempat bertugas nyata jauh lebih selesa berbanding tujuh tahun sebelumnya.


“Saya dah boleh tidur sekiranya ada rakan memandu untuk saya berikutan jalan raya terbabit sudah berturap. Ia tidak lagi  ‘bergelombang’ seperti dahulu. Ini jelas bahawa kerajaan BN nyata menepati janji pembangunan untuk rakyat luar bandar di Sarawak,” katanya di sini, semalam.


Bagaimanapun, beliau berharap agar kerajaan dapat mempercepat usaha untuk menyalur bekalan air bersih terawat kepada penduduk di kawasan Lingga hingga ke Sri Aman demi keselesaan hidup masyarakat di kawasan terbabi
t.



Sasaran 3,000 outlet MR1M di seluruh negara


KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meneruskan program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dengan menyasarkan lebih banyak outlet di seluruh negara.
Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Rohani Karim berkata, ia bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta memberi peluang kepada lebih ramai lagi pengusaha premis makanan untuk menyertainya. “Tahun ini, sasaran kita ialah mencapai 3,000 outlet MR1M di seluruh negara.

“Setakat ini, terdapat sejumlah 2,629 outlet di seluruh negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Program MR1M Bagi Jabatan Kerajaan Persekutuan di kantin Bangunan Sultan Iskandar di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk MD Yahaya Basimin, Pengarah PDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan pengurus kantin Surini Sulaiman. Bagi Sarawak, Rohani berkata, penyertaan program MR1M sudah melebihi sasaran 150 outlet iaitu sebanyak 164 outlet.

Berhubung penetapan harga maksimum pakej sarapan pagi dan makan tengah hari yang lebih tinggi bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berbanding Semenanjung Malaysia, Rohani berkata ia kerana perbezaan harga bahan mentah.

“Kita tidak dapat menyeragamkan harga maksimum tersebut kerana harga bahan mentah di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia. “Kita juga perlu memikirkan kepentingan pengusaha makanan agar turut menikmati keuntungan,” katanya.

Harga maksimum pakej sarapan pagi yang ditetap- kan bagi Semenanjung Malaysia ialah RM2, manakala Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM2.50. Sementara bagi pakej makan tengah hari, harga maksimum yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia ialah RM4, manakala Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM5.

“Kita sudah membuat survei sebelum menetapkan harga maksimum ini dan mendapati ia adalah berpatutan. “Kita juga tidak menafikan ada pengusaha di Sarawak yang menawarkan harga lebih rendah dan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat pihak peniaga kepada pelanggan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rohani berkata, kementeriannya tidak menerima sebarang aduan berhubung kerugian daripada pengusaha premis sebaliknya mereka mendapat pertambahan pelanggan.
 



Tuesday, October 9, 2012

Jangan lupa jasa kerajaan


MELAKA 8 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang terhadap sikap segelintir generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai jasa kerajaan dalam memberi nikmat serta keselesaan kepada mereka. Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal tersebut dibuktikan apabila ramai di antara golongan berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang mereka peroleh, sebaliknya menuduh kerajaan sebagai penindas.


"Contohnya pelajar yang dihantar belajar ke luar negara, bila pulang ke tanah air menolak orang yang memberi nikmat kepada mereka iaitu kerajaan yang dikatakan tidak adil, tidak liberal serta menindas orang lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada majlis sarapan bersama Alumni Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah dari 1982 hingga 1986, di Hotel Equatorial, Banda Hilir hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, hal demikian wujud disebabkan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka dengan nilai-nilai sebelum menghantar mereka ke luar negara.
"Pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara sepatutnya disemai dengan nilai positif selain mempelajari sejarah agar dapat mempertahankan diri daripada pengaruh negatif. Dengan mendalami sejarah umpamanya dapat membantu kita supaya tidak lupa kepada asal usul.

"Jika kita bersyukur, maka kita akan mendapat lebih banyak nikmat. Atas sebab itu kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya," katanya.
Jelas beliau lagi, ramai generasi muda masa kini sangat mudah terpengaruh dengan anasir negatif sehingga ada yang gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.
"Daripada segi ilmu dan pengetahuan, generasi berkenaan memang boleh membangunkan negara kerana dilengkapi pengetahuan dalam segala hal.

"Namun, selain daripada ilmu, nilai moral adalah lebih penting kerana ilmu sahaja tidak akan membentuk mereka menjadi seorang yang baik. Ilmu sahaja tidak menjamin generasi muda akan datang berupaya memimpin kemajuan negara," ujarnya.
Tambahnya lagi, pembangunan dan keharmonian yang dikecapi hari ini tidak akan dinikmati jika rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah sehingga menimbulkan ketegangan.




KR1M di setiap Parlimen Sarawak tahun depan


KUCHING: Kesemua 31 kawasan Parlimen di Sara- wak bakal memiliki sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjelang tahun depan. Ia adalah hasil daripada  peruntukan sebanyak RM87 juta yang diperolehi Kemen-terian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke-penggunaan (KPDNKK) da-lam Belanjawan 2013 untuk perluasan KR1M di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. “Kerajaan telah memperuntukkan RM87 juta untuk membina 57 KR1M di Sara-wak, Sabah dan Labuan.“Maka itu, untuk Sarawak kami akan membuka 31 KR1M iaitu di setiap kawasan Parlimen,” kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Tahunan KPDNKK Bersama Industri Negeri Sarawak di sini, semalam.
Menurut beliau, setakat ini hanya terdapat dua KR1M di Sarawak iaitu kedua-duanya Kuching. Dalam pada itu, Ismail berkata pihaknya juga merancang untuk melaksanakan model ketiga bagi KR1M di negeri ini iaitu melibatkan usahawan tempatan.

“Kerajaan akan membina KR1M dan melantik usahawan tempatan untuk meng-usahakannya. “Kalau ramai usahawan tempatan yang ingin menyertainya, jadi kita boleh bina KR1M serentak di seluruh Sarawak dan kemudiannya menyerahkan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, kata Ismail model pertama KR1M ialah ia dibina oleh kerajaan dan diuruskan oleh syarikat di- lantik iaitu MRT dan model keduanya ialah barangan KR1M dijual di kedai runcit. Terdahulu, mengulas sesi dialog, Ismail berkata antara isu yang mendapat perhatian ialah aktiviti cetak rompak yang berleluasa di Sarawak. “Industri mengharapkan tindakan dan kes dihadapkan ke mahkamah,”  katanya. Selain itu, katanya kementeriannya juga bersetuju terhadap permohonan hologram bagi artis, penerbit dan lagu tempatan agar ia dapat dibuat di Sarawak.

“Sebelum ini hologram perlu dibuat di Kuala Lumpur dan ia memakan masa agak panjang tetapi sekarang ia  sudah boleh dibuat di Ku- ching dan kalau tidak ada       apa-apa masalah, kita boleh meluluskannya dalam masa seminggu atau dua minggu,” katanya.

Harga barang seragam 2013


KUCHING: Rakyat negeri ini akan menikmati harga barang keperluan asas dan makanan yang seragam dengan di Semenanjung Malaysia menjelang tahun depan.Ini kerana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM43 juta untuk menyeramkan harga barang keperluan antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan  RM236 juta untuk penyeragaman harga barang antara luar bandar dan bandar di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara itu dinyatakanoleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menjelaskan dengan adanya peruntukan tersebut, barang keperluan asas, makanan dan sebagainya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia akan ditanggung oleh kerajaan dari segi kos pengangkutan kapal laut.“Dulu, kos tambang kapal laut diserapkan dalam harga barang, jadi harga barang di Sarawak adalah 10 peratus lebih tinggi daripada harga di Semenanjung.“Jadi dengan peruntukan RM43 juta ini, harga barang di Sarawak dan Semenanjung akan sama tapi tidak selesai setakat itu sahaja kerana mungkin sama di Miri tetapi tidak di Baram.“Untuk itu, peruntukan RM236 juta akan digunakan untuk menanggung kos pengangkutan dari Miri ke Baram dan ini akan dapat menyeragamkan harga barang secara menyeluruh,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Tahunan KPDNKK Bersama Industri Negeri Sarawak di sini, semalam. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengarah KPDNKK Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.Menurut Ismail, daripada jumlah RM279 juta yang diperuntukkan untuk Program Penyeragaman Harga tersebut, RM150 juta adalah untuk Sarawak.Katanya, peruntukan yang disediakan itu meliputi 70 kawasan baharu yang akan dikenal pasti iaitu Pulau Bruit, Kapit dan Rasau di Mukah.Sementara itu, menurut  Ismail pada tahun lepas kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200 juta untuk Program Penyeragaman Harga.Katanya dulu fokus diberikan terhadap kawasan yang harga barangannya 30 peratus lebih tinggi daripada kawasan bandar tetapi sekarang ia diturunkan kepada 10 peratus.“Kalau dulu, banyak kawasan yang tidak dapat… sebab itu, kita mahu fokus diturunkan 10 peratus supaya lebih banyak kampung dapat nikmati hasil program ini,” katanya.