Pages

Ads 468x60px

Friday, September 12, 2008

Isu Pembangunan di kawasan P.202 Sri Aman



Selama 51 tahun Malaysia telah merdeka, telah banyak projek-projek pembangunan dilaksanakan di seluruh Malaysia. Malahan negara kita, Malaysia menjadi ikon kepada negara luar untuk dicontohi dari pelbagai aspek. Antaranya dari segi politik, ekonomi, pembangunan, sosial dan sebagainya. Malahan Malaysia megah dengan berdirinya bangunan mercu tanda seperti Menara Berkembar Petronas, KLCC, Putrajaya, Multimedia Super Corridor, Litar Sepang dan sebagainya. Dengan pimpinan kerajaan sedia ada, Malaysia berkembang pesat dengan adanya projek mega seperti NCER, SCORE dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masih terdapat kawasan terutamanya di Sarawak  yang amat dahagakan pembangunan seperti di Sri Aman. Sri Aman merupakan bahagian ke-2 setelah Kuching dan antara bandar yang terawal di negeri bumi kenyalang. Ringkasnya, dikawasan Sri Aman masih banyak kampung – kampung dan rumah – rumah panjang yang masih belum mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya. Isu bekalan eletrik adalah isu utama dan menjadi buah mulut penduduk yang telah lama menantikan projek ini. Seperti jatuh ditimpa tangga, penduduk kini terpaksa menanggung beban harga petrol dan diesel yang amat tinggi kerana mereka masih bergantung kepada set generator untuk menjanakan kuasa elektrik. Untuk makluman, penduduk secara purata terpaksa membelanjakan RM300.00 – RM400.00 untuk kos petrol/diesel sebulan yang mana amat membebankan penduduk kampung yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan petani dan pekebun kecil. Oleh yang demikian, amat besar harapan penduduk agar kerajaan yang memerintah dapat membantu meringankan beban tanggungan mereka.

 

 

tengiling terbai