Pages

Ads 468x60px

Wednesday, December 10, 2008

RM200 JUTA BANTU BAIK PULIH RUMAH RAKYAT MISKIN

Datuk Seri Najib Razak di Kuantan, Pahang berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran membaik pulih 30,000 rumah milik rakyat termiskin di Malaysia. Program ini akan dijalankan dalam tempoh dua tahun mulai tahun hadapan dibawah Program Amal Jariah (PAJ).

Untuk itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membiayai projek itu tahun depan serta berharap agar sektor swasta tampil untuk memberikan sumbangan tambahan RM100 juta untuk memastikan sasaran 30,000 rumah terbabit berjaya dilaksanakan.

Setakat ini sudah ada maklum balas positif daripada sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berminat menyertainya dan satu majlis penyerahan sumbangan mereka akan diadakan tidak lama lagi. Program Amal Jariah akan diuruskan Prokhas Sdn Bhd (Prokhas) iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), merupakan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan Bajet 2007.

Pada tahun 2008, sebanyak RM 50 juta telah diluluskan untuk membaik pulih 8, 400 rumah golongan miskin. Manakala peruntukkan sebanyak RM 100 juta tahun 2009 akan digunakan untuk membaiki 15, 000 rumah disamping memerlukan sumbangan RM 100 juta daripada sektor swasta untuk menjayakan program murni ini.

Kerajaan amat memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat yang menghadapi kesulitan untuk membaik pulih rumah mereka yang usur. Diharapkan bantuan kerajaan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan apa yang lebih penting ialah golongan ini dapat hidup dengan selesa. Terima kasih kepada kerajaan dan sektor swasta diatas usaha mereka untuk sama-sama membantu golongan miskin di negara ini.