Pages

Ads 468x60px

Thursday, November 6, 2008

PELAN PAKEJ RANGSANGAN FISKAL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan pelan PAKEJ RANGSANGAN FISKAL di parlimen beberapa hari yang lepas.
Daripada pelan tersebut, sebanyak lima belas bentuk peruntukan telah dirangka hasil daripada penjimatan RM7 bilion daripada subsidi minyak . Peruntukan kali ini lebih kepada  pembinaan rumah kos rendah dan dana pelaburan bagi sektor swasta. Antara langkah utama adalah membina 6500 unit rumah mampu milik yang akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), 4000 unit dibawah Program Perumahan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 15 ribu unit bernilai antara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah bagi Semenanjung dan antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak
dengan peruntukkan berjumlah RM 1.2 billion ringgit.

Selain itu peruntukkan sebanyak RM500 juta ringgit bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka. Ini termasuklah membaikpulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera. Peruntukkan sebanyak RM 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, PIA dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), bagi menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil. RM 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

RM500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

RM 200 juta ringgit diperuntukkan untuk sektor pendidikan.

RM 300 juta ringgit diperuntukkan bagi dana program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. 

RM 500 juta ringgit akan digunakan bagi sistem pengangkutan termasuklah menyelenggara sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

Peruntukan sejumlah RM1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta termasuklah memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. 

RM 400 juta ringgit lagi diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. Adalah harapan negara menjelang tahun 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300 ribu premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

RM200 juta ringgit akan digunakan bagi program latihan melibatkan golongan belia yang akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

RM 100 juta ringit bagi memperkasakan golongan belia melalui program baru.
RM 200 juta ringgit bagi gerak semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.

RM 100 juta ringit bagi membantu sektor IKS, kerajaan akan menambah premis perniagaan, juga memperindah suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. 

RM100 juta ringgit  untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti diperuntukkan bagi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun seperti  pogram seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas Pra-Sekolah.

 

Monday, November 3, 2008

Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO

Laporan dari Berita Harian hari ini telah memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno selepas menerima 141 pencalonan daripada bahagian parti itu yang sudah pun mengadakan persidangan perwakilan masing-masing semalam. 

Dengan kemenangan ini, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan kedudukan sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan Presiden Umno. Dengan menerima 141 pencalonan daripada 189 bahagian yang menyokong pencalonan beliau maka telah menutup ruang calon lain untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak.