Pages

Ads 468x60px

Tuesday, February 3, 2009

FIKIR DULU SEBELUM JUAL

Pemilik tanah diingatkan supaya berfikir dahulu sebelum menjual tanah mereka. Ini berpunca daripada tragedi tanah runtuh yang berlaku di negeri Sarawak baru-baru ini. Baru-baru ini sudah timbul pula terdapat usaha pihak tertentu yang merayu penduduk Kampung Lereng Bukit menjual hartanah mereka dengan alasan tanah di situ tidak selamat diduduki, pihak terbabit membeli tanah dengan harga yang cukup murah dan tidak menguntungkan penduduk yang menjualnya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang meminta penduduk kampung khasnya warga tua supaya tidak terpedaya dengan tawaran itu.Ini kerana, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mempunyai pelan bagi menjaga kepentingan dan hak penduduk di situ.

Menurutnya, terdapat laporan yang mengatakan broker tanah di sini sudah mula menemui penduduk terutamanya warga tua supaya mereka menjual tanah dengan alasan kawasan yang diduduki sudah tidak lagi selamat. Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung yang terjejas dengan insiden tanah runtuh di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di sini.

Jumaat lalu, lapan rumah penduduk Kampung Lereng Bukit ranap sama sekali berikutan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan kaki Bukit Kanada. Ahmad Lai berkata, kerajaan memandang serius masalah tersebut dan telah merancang satu pelan induk bagi mengatasi masalah mereka.

Beliau menambah, penduduk Kampung Lereng Bukit perlu bersatu, menguatkan semangat dan sentiasa bekerjasama ketika berdepan insiden tanah runtuh itu. Beliau turut meminta penduduk yang belum berpindah supaya patuh dengan arahan pihak berkuasa demi menjamin keselamatan nyawa mereka.



1 comments: