Pages

Ads 468x60px

Wednesday, October 29, 2008

PBB tidak pernah jadi pembuli

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak pernah menjadi pembuli kepada mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, sebaliknya sebarang keputusan yang dibuat oleh BN negeri adalah hasil rundingan dan permuafakatan bersama yang dipersetujui setiap parti yang mewakili semua kaum. 

Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata dakwaan yang mengatakan PBB menjadi pembuli pada peringkat BN Sarawak adalah tidak bersasas sama sekali, biarpun parti itu menjadi tonggak serta tulang belakang BN negeri. 

Katanya, semua parti komponen BN Sarawak sentiasa saling membantu dan individu yang menuduh PBB sebagai pembuli adalah individu yang jahil dari segi sejarah politik Sarawak.

 

"Sepanjang lebih 30 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak pernah melihat PBB atau mana-mana parti komponen BN membuli satu sama lain, sebaliknya kita sentiasa saling membantu dalam keadaan susah dan senang," katanya. 

Beliau mengulas kenyataan seorang ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS), Beginda Minda, yang disiarkan portal Malaysiakini, kononnya mendakwa Umno pembuli di peringkat Pusat, manakala PBB adalah pembuli di peringkat negeri Sarawak. 

Abang Johari berkata, Umno juga tidak pernah mengganggu parti lain, malah parti itu membantu MCA yang berdepan dengan krisis dalaman pada 1984 hingga 1985.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ketika itu, Tun Ghafar Baba, diberi kepercayaan sebagai orang tengah serta presiden sementara oleh MCA dalam tempoh 14 bulan krisis berkenaan. 

Sementara itu, Presiden PRS, Datuk Sri Dr James Jemut Masing, berkata Beginda bukanlah Ketua Penerangan PRS Balleh seperti didakwanya dalam Malaysia-kini, sebaliknya beliau cuma ahli biasa pada masa sekarang dan pernah menjadi ketua penerangan Balleh satu ketika dulu. 

Katanya, kenyataan Beginda itu bersifat individu dan bukan pendirian parti itu, yang menghormati semangat permuafakatan dan kerjasama dalam BN selama ini. 

"Bagi saya, ia hanya pandangan individu dan tidak mewakili suara parti. Perkara buli membuli tidak pernah berlaku dalam BN atau oleh mana-mana parti komponen BN.

"Kita tidak boleh menyekat individu daripada bersuara, tetapi yang jelas PRS tidak bersetuju dengan pandangan Beginda itu," katanya. 

Ditanya apakah tindakan akan diambil terhadap Beginda sebagai ahli PRS kerana membuat kenyataan sedemikian, Masing berkata, kenyataan itu tidak membawa sebarang makna kerana apa yang lebih penting ialah pendirian PRS sendiri sebagai salah satu parti komponen BN negeri. 

"Kita tak perlu perbesarkan isu ini kerana Beginda hanya ahli biasa yang tidak ada sebarang kapasiti atau jawatan dalam parti. Suara beliau langsung tidak mewakili suara parti," katanya.

Petikan daripada Berita Harian

Monday, October 27, 2008

SYOR KERAJAAN TUBUHKAN KUMPULAN PEMIKIR

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau bagi mencari kaedah menyelamat negara daripada menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang. Kumpulan pemikir akan dianggotai oleh pakar - pakar ekonomi yang akan berbincang dan mengumpul data serta memberikan cadangan-cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Temuai : Langkah ini diharap dapat membantu kerajaan mengenalpasti opsyen-opsyen yang difikirkan dapat menyelesaikan masalah dari semua sudut.