Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 15, 2009

DAP AKAN KELUAR JIKA HUDUD DILAKSANA

Berita semalam menyatakan hasrat DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat jika Pas masih berdegil mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh telah menyatakan pendirian DAP bahawa hukum hudud dan qisas bukanlah dasar parti itu serta. Tambahan pula hukum hudud dan qisas tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. Bagaimanapun PAS melalui Naib Presidennya, Datuk Husam Musa tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud dinegara ini.


Sebelum ini juga Karpal dilaporkan mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian PKR mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas jika pembangkang memerintah negara ini. Beliau mengulas bahawa Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.

Apapun DAP akan menentang pelaksanaan hukum hudud dan Pas tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa Malaysia bukannya sebuah negara Islam. Belum pun setahun, Pakatan Rakyat semakin goyah manakala banyak timbul pelbagai isu dalaman diantara PKR, DAP dan PAS. Kerjasama antara parti kian retak dan macam-macm timbul rasa tidak puas hati di media akhbar. Isu ini akan dijangka akan berlarutan dan akan berakhir dengan keretakkan, macam mana nak harapkan Pakatan Rakyat memerintah! Tepuk dada, tanyalah selera...