Pages

Ads 468x60px

Thursday, November 27, 2008

USUL POTONG GAJI MENTERI SEBANYAK RM10


Ada-ada saja usul yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru, Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengemukakan potongan gaji sebanyak RM10 kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussin semasa persidangan Dewan Rakyat semalam. Teo dalam usulnya meminta gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana didakwa gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).  Pada masa sekarang kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai untuk tujuan itu.

Wednesday, November 26, 2008

Satu bilion lagi unit ASW ditawar

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Khamis ini, akan mula menawarkan jualan tambahan satu bilion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), dana amanah yang popular di kalangan bukan bumiputera.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, unit-unit baru itu akan dijual pada pukul 8 pagi di 10 pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan 1,627 cawangan ejen ASNB seluruh negara.

ASW 2020 yang merupakan dana pendapatan berharga tetap RM1 seunit dijual kepada semua rakyat negara ini tertakluk kuota 51 peratus kepada golongan bumiputera manakala bakinya kepada bukan bumiputera.

''Bagi memastikan penyertaan yang saksama, had pelaburan maksimum sebanyak 10,000 unit akan dikenakan bagi setiap akaun dalam tempoh tawaran bermula 27 November hingga 3 Disember ini. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, had pelaburan maksimum akan dihapuskan,'' kata Hamad Kama Piah dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Penjualan itu adalah penambahan unit kali keenam sejak pelancarannya pada 28 Ogos 1996, sekali gus meningkatkan saiz dana ASW 2020 kepada 10.42 bilion berbanding 9.42 bilion sebelum ini.

Dana ASW 2020 adalah paling besar saiznya di kalangan lapan dana unit amanah milik PNB, boleh dilanggani oleh rakyat Malaysia yang berusia enam bulan ke atas.

Dana itu juga pernah mencatat sejarah dalam industri unit amanah negara apabila kuota langganan pelabur bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit pada 1 September 2006.

Pada ketika itu, firma pelaburan terbesar negara itu menawarkan jualan unit ASW 2020 sebanyak satu bilion unit.

Hamad Kama Piah menjelaskan, penambahan unit dibuat semula pada tahun ini sebagai usaha memberi peluang kepada pelabur yang tidak berkesempatan melanggan saham amanah berkenaan sebelum ini.

Pada September tahun lalu, ASW 2020 telah ditambah sebanyak dua bilion unit baru dengan had langganan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pelabur.

Pada Mac lalu pula, PNB telah membuat penambahan unit Dana ASW 2020 sebanyak satu bilion unit lagi tetapi mengenakan had langganan maksimum berjumlah 50,000 unit setiap seorang.

Hamad Kama Piah yakin melalui strategi mengehadkan pembelian unit saham amanah sehingga 10,000 unit untuk satu akaun sahaja kini, akan meluaskan lagi peluang pelaburan kepada lebih ramai pelabur.

''Kami tidak menjangkakan sebarang rekod jualan dicatat kali ini seperti mana berlaku pada tahun lalu tetapi apa yang penting, terdapat penyertaan pelabur yang menyeluruh,'' katanya.

Beliau menjelaskan, pelabur yang layak juga boleh melabur dalam ASW 2020 melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Sejak ia dilancarkan, purata pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 adalah 7.74 sen seunit.


*Dipetik daripada Utusan Malaysia

UNIVERSITI BERPERANAN MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI

Universiti di negara kita semakin berkembang dan telah melahirkan ribuan graduan-graduan yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Justeru itu, Perdana Menteri semalam mahukan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mengisi komponenseperti kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat (IT), keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas pengurusan serta kelebihan berkaitan lain selain daripada teras pengajian dari asas teori dan praktikal di dalam setiap program pengajian yang ditawarkan yang boleh memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran serta memperkasa keyakinan diri pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam pekerjaan. 

Program pengajian yang ditawarkan di IPT perlu mengambil kira keperluan semasa masyarakat dan negara, khususnya dalam konteks global. Di samping itu juga, kerajaan menggalakkan program berbentuk double major atau major minor bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian. Perdana Menteri yang berucap semasa merasmikan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Bandar Baru Nilai.

Dengan penubuhan Usim dapat memastikan tiada golongan dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana dan universiti itu dapat menampung tempat lebih daripada 4,000 pelajar yang semuanya lepasan sekolah aliran agama. 

Selain itu, Malaysia berpotensi menjadi pusat tumpuan ilmu di kalangan negara Islam seluruh dunia berikutan infrastruktur pengajian yang sudah tersedia selain sokongan dua komponen penting lain bagi mencapai sasaran itu. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk universiti bertaraf dunia, kewujudan USIM diharap dapat mencapai inspirasi semua rakyat Malaysia.