Pages

Ads 468x60px

Friday, January 23, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009

Penulis mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2009 kepada pembaca berbangsa Cina di Malaysia.

Wednesday, January 21, 2009

NGENA CHARA BERUNDING TI NUJU PEMANSANG

SRI AMAN: Raban bansa Dayak enda ulih enda ngubah chara sida berunding dalam semua pekara ti besengkut paut enggau pengidup enti sida deka terus ensepi penyamai mansang, ku Kaban Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Ku penemu iya, dalam dunya ti balat udah moden tu, raban bansa Dayak enda ulih enda lengkas nyingkang ngambika enda tinggal singkang ari raban bansa bukai, lalu ngambika sida sama berimbai segembar ngemansangka menua.

“Ubah dalam chara sida berunding ari chara lama ngagai chara baru besai bendar guna ngagai raban bansa Dayak enti sida deka sama nyingkang sereta sama tikas pemaju enggau raban bansa bukai,” ku iya.

“Chabar dalam dunya enggau era moden begunaka semua kitai mungkal ngereja pengawa dalam mayuh bengkah panga pengawa lalu enda bepanggai ba siti pengawa tauka siti jalai ngidupka diri aja,” ku iya.

Pekara tu dipansutka iya lebuh ke bejaku ba pengerami bejadi Projek Jalai Kampung, Rumah Lamat, Kampung Lepong Empeliau, Sri Aman lemai kemari.

Ku iya, raban bansa Dayak patut bechuan sereta beteladanka raban bansa Cina enggau Melayu ke maju dalam mayuh pampang pengawa enggai kereja, kelebih agi dalam pengawa dagang.

Ba pengerami ti sama, Masir mega ngerah madah agih 2009 penyampau RM10,000 diberi ungkup kena ngagai jalai kampung sereta penyampau ti sama diberi ngagai Komiti Pemansang enggau Pengelikun Pendiau (JKKK) Rumah Lamat, JKKK Rumah Janggoi Ambu, San Ucap (RM10,000); JKKK Rumah Meramat, San Tabut (RM2,000); Projek Jalai Kampung JKKK Rumah Gangga, San Tabut (RM20,000); JKKK San Kemantan (RM10,000); JKKK Lepong Simpai (RM10,000); Projek Jalai Kampung Rumah Kilau, San Ugol (RM10,000); JKKK San Ugol Baruh (RM10,000) enggau lima Biro Indu ari rumah panjai dalam kandang menua Lepong Empeliau ke sama diagihka RM3,000 siku-siku.

BARACK OBAMA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT


Tanggal 20 Januari 2009, merupakan sejarah baru di Amerika Syarikat apabila Barack Obama dilantik sebagai orang kulit hitam pertama diisytiharkan Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di Washington.

Obama yang berumur 47 tahun, merupakan anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol serta disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963. 

Pagi semalam, Obama dan isterinya, Michelle memulakan upacara pelantikan dengan mengunjungi presiden yang akan melepaskan jawatan, George W Bush dan isterinya, Laura Bush di rumah baru mereka di Rumah Putih. 

Selepas mengangkat sumpah untuk 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS, Obama menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden. 

Orang ramai mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan kepada sebilangan yang bernasib baik atau dari skrin gergasi bagi ribuan lain. 

Selepas upacara mengangkat sumpah, Obama dan Naib Presiden, Joseph Biden, makan tengah hari dengan anggota Kongres, hakim Mahkamah Agung dan barisan Kabinet baru termasuk Setiausaha Negara, Hillary Clinton. 

Monday, January 19, 2009

BINA PROJEK HIDRO ELEKTRIK DI BARAM, LIMBANG

Kerajaan negeri Sarawak berhasrat untuk melaksanakan Projek Hidro elektrik (HEP) di Baram, Limbang bagi membangunkan kawasan pedalaman di utara di negeri ini. Menerusi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang projek integrasi itu berupaya untuk membekalkan tenaga berjumlah 900 megawat apabila siap nanti.

Pembinaan projek ini membuktikan bahawa kerajaan prihatin dan sedar kawasan di pedalaman Limbang, Lawas dan Baram masih jauh ketinggalan daripada segi kemudahan asas.

Beliau yang berucap semasa Taklimat dan Dialog berhubung Pembangunan Luar Bandar Bersama Masyarakat di Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) di Bahagian Miri dan Limbang.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak memberitahu, pembangunan di ketiga-tiga kawasan itu telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberi keutamaan termasuk menaiktaraf jalan balak.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penduduk yang menerima pampasan daripada kerajaan supaya menggunakan duit tersebut untuk menceburi projek pelaburan jangka panjang seperti menanam kelapa sawit dan tanaman komersial yang lain bagi menjana semula pendapatan untuk generasi akan datang.


BN TERIMA DAN HORMATI PILIHAN RAKYAT: NAJIB

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras amalan demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat".

"Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam ini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Najib berkata, BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya. - Bernama

* Petikan daripada Berita Harian