Pages

Ads 468x60px

Thursday, October 16, 2008

Abdullah mahu peniaga turunkan harga barang

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu peniaga menurunkan harga barang selaras dengan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan kelmarin. Sehingga kini, harga barangan disekitar bandar Sri Aman masih sama dan belum menunjukkan penurunan harga yang ketara.

Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad untuk memanggil wakil persatuan pengguna bagi membincangkan peranan dan kuasa yang ada pada mereka. Persatuan pengguna harus berkerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan harga barangan keperluan selaras dengan harga minyak kini.

Selain itu pengguna harus menggunakan kuasa beli mereka dengan bijak. Dengan cara berbelanja dengan berhemah jika diteruskan akan memberikan membantu menurunkan harga barangan.


HINDRAF ADALAH PERTUBUHAN HARAM

Kerajaan semalam mengharamkan pertubuhan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berikutan kegiatannya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Selain itu, tindakan HINDRAF dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengatakan tindakan pengharaman itu diambil bukan berasaskan satu atau dua kegiatan pertubuhan terbabit yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua aktivitinya sejak ia ditubuhkan. Perintah ini dibuat setelah hasil pemantauan dan penyiasatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai kegiatan Hindraf sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang.

Hindraf yang mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Dan pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Baru-baru ini, HINDRAF juga telah melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Syed Hamid menasihatkan orang ramai agar tidak membabitkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

Tindakan kerajaan mengharamkan pertubuhan itu adalah wajar kerana HINDRAF sejak penubuhan sering kali mengapi-apikan isu perkauman yang membawa gejala yang tidak sihat dan merenggangkan hubungan diantara kaum. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, saya sangat bersetuju tindakan pengharaman pertubuhan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Berpandukan sejarah yang lepas isu perkauman boleh memporak-perandakan negara kita seperti apa yang berlaku pada Tragedi 13 May. Dan saya percaya anda rakyat Malaysia tidak mahu ianya berulang……………..

Wednesday, October 15, 2008

BERITA BAIK KEPADA RAKYAT MALAYSIA - HARGA MINYAK TURUN LAGI

Pagi ini, saya melihat pemandu di Sri Aman keadaannya amat tenang sekali, lebih-lebih lagi berita mengembirakan yang diumumkan oleh kerajaan semalam yang menurunkan harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen untuk setiap liter yang telah berkuat kuasa hari ini. Kegembiraan jelas terpapar dikalangan pengguna jalan raya, malah bersyukur dengan penurunan ini. Hari ini harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam amat tepat pada masanya dikala harga barangan semakin mahal sejak kenaikan harga minyak. Adalah menjadi harapan rakyat agar barangan dapur & keperluan harian akan turut menurun sejajar dengan penurunan harga minyak ini. Dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter, rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan mengurangkan bebanan rakyat terutamanya kepada mereka berpendapatan rendah.

Berita ini juga mengembirakan penduduk pendalaman yang masih menggunakan set generator untuk menjanakan elektrik. Dengan penurunan harga ini, mereka boleh menarik nafas lega dan mengharapkan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) akan giat dibangunkan agar mereka dapat menikmati bekalan eletrik 24 jam. 

Monday, October 13, 2008

Lagi Kebakaran di Rumah Panjang



Sri Aman – Pada jam 04.30 pagi tadi 13 Oktober 2008 telah berlaku kebakaran di Rh. Noria Ampat, Entulang Danau, Sri Aman iaitu di kawasan DUN N.26 Bukit Begunan. Kebakaran yang berlaku awal pagi tersebut yang berpunca daripada litar pintas api elektrik telah memusnahkan sebuah rumah panjang sepanjang empat belas (14) pintu. Kejadian tersebut telah mengakibatkan 14 buah keluarga hilang tempat tinggal. Pihak Bomba yang tiba selepas menerima laporan bergegas ke tempat kejadian namun gagal memadamkan api yang telah meranapkan rumah tersebut. Penduduk rumah panjang ini memerlukan bantuan seperti makanan, pakaian dan perkakasan dapur dan tempat tinggal. Jabatan Kebajikan Sri Aman telah dihubungi dan bergegas ke temapat kejadian untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran. YB Tn Masir Kujat, APAR P.202 Sri Aman dan YB En Mong Dagang, ADUN Bukit Begunan telah pun dimaklumkan dengan kejadian tersebut. Mangsa kebakaran amat mengharapkan bantuan makanan, pakaian dan tempat tinggal sementara.


Habis ranap rumah panjang dijilat api awal pagi tadi


Pihak BOMBA tiba untuk memadam api


Kemusnahan teruk