Pages

Ads 468x60px

Thursday, February 5, 2009

BN PERAK BAKAL TUBUH KERAJAAN BARU



PUTRAJAYA 4 Feb. - Barisan Nasional (BN) hari ini memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan tiga kerusi mengatasi 28 kerusi penyandangnya dari pakatan pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan demikian berkata, tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang telah menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam memaklumkan mereka telah keluar dari parti masing-masing. Mereka ialah dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) serta ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong.

Pada masa sama, ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang keluar dari BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali semula ke pangkuan UMNO hari ini.Serentak dengan perkembangan terbaru itu, Najib berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak esok untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.''Fasal XV1 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama anggota-anggota Exconya''Tentu sekali segala-galanya ini ketentuan Ilahi dan kita bersyukur ini berlaku, kita akan mulakan era baru di Perak dan akan berkhidmat untuk kepentingan semua rakyat khususnya di Perak," kata beliau pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini petang ini.

Kemelut politik di Perak memuncak Isnin lalu apabila kedudukan ADUN Changkat Jering dan Behrang menimbulkan tanda tanya setelah Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar mengeluarkan kenyataan media bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman telah menghantar surat peletakan jawatan.Bagaimanapun tidak sampai tiga jam selepas itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya mereka berbuat demikian.

Berikutan itu, Sivakumar memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di dua kerusi berkenaan namun SPR yang bermesyuarat semalam menolak diadakan pilihan raya kecil kerana mendapati dari aspek perundangan, wujud keraguan pada surat-surat peletakan jawatan yang dikatakan dihantar oleh Jamaluddin dan Mohd. Osman.Najib berkata, meskipun Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong kekal sebagai wakil rakyat bebas namun ketiga-tiganya telah memberi aku janji akan menyokong BN.

''Mereka telah memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar.

''Mereka juga memberi aku janji untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Sultan Perak," katanya.

Ditanya adakah keputusan ketiga-tiga ADUN pembangkang berkenaan menyokong BN sebagai satu tindakan 'tikam dari belakang' bekas parti mereka, Najib berkata:''Mereka (pembangkang) tidak sangka ini akan berlaku tapi mereka sendiri telah mulakan prinsip untuk tubuh kerajaan tanpa ikut proses demokrasi, jadi mereka tidak boleh salahkan BN''.

Mengenai tuduhan rasuah yang bakal dihadapi Jamaluddin dan Mohd. Osman selepas ini, Najib berkata, ia isu berbeza dengan perkembangan terbaru.Ditanya sama ada ada ketiga-tiga ADUN bebas berkenaan berkemungkinan menyertai BN selepas ini, beliau berkata: ''Kita tunggu dan lihat''.Mengenai calon Menteri Besar Perak dan barisan Exco yang baru, beliau berkata, ia belum dibincangkan lagi.Najib yang turut ditanya sama ada kejayaan BN menubuhkan kerajaan baru di Perak itu sebagai hadiah kepada beliau yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan bulan depan hanya berkata:''Kebetulan, jangan cakap tentang jawatan''.

Sumber daripada Utusan Malaysia, 4 Feb 2009

Tuesday, February 3, 2009

FIKIR DULU SEBELUM JUAL

Pemilik tanah diingatkan supaya berfikir dahulu sebelum menjual tanah mereka. Ini berpunca daripada tragedi tanah runtuh yang berlaku di negeri Sarawak baru-baru ini. Baru-baru ini sudah timbul pula terdapat usaha pihak tertentu yang merayu penduduk Kampung Lereng Bukit menjual hartanah mereka dengan alasan tanah di situ tidak selamat diduduki, pihak terbabit membeli tanah dengan harga yang cukup murah dan tidak menguntungkan penduduk yang menjualnya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang meminta penduduk kampung khasnya warga tua supaya tidak terpedaya dengan tawaran itu.Ini kerana, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mempunyai pelan bagi menjaga kepentingan dan hak penduduk di situ.

Menurutnya, terdapat laporan yang mengatakan broker tanah di sini sudah mula menemui penduduk terutamanya warga tua supaya mereka menjual tanah dengan alasan kawasan yang diduduki sudah tidak lagi selamat. Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung yang terjejas dengan insiden tanah runtuh di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di sini.

Jumaat lalu, lapan rumah penduduk Kampung Lereng Bukit ranap sama sekali berikutan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan kaki Bukit Kanada. Ahmad Lai berkata, kerajaan memandang serius masalah tersebut dan telah merancang satu pelan induk bagi mengatasi masalah mereka.

Beliau menambah, penduduk Kampung Lereng Bukit perlu bersatu, menguatkan semangat dan sentiasa bekerjasama ketika berdepan insiden tanah runtuh itu. Beliau turut meminta penduduk yang belum berpindah supaya patuh dengan arahan pihak berkuasa demi menjamin keselamatan nyawa mereka.



KEMANA HILANGNYA WAKIL RAKYAT PKR?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi nafi letak jawatan.Surat peletakan jawatan kedua-duanya didakwa surat lama, tanpa tarikh mengandungi aku janji kesetiaan.Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman menegaskan, kedua-dua ADUN itu masih wakil rakyat PKR. Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi mengaku masih ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil rakyat kawasan tersebut melalui seorang lelaki, Firdaus Saharuddin yang mendakwa pegawai khas beliau pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Sidang akhbar itu sepatutnya dihadiri oleh Jamaluddin pada pukul 4 petang, bagaimanapun beliau tidak muncul dan menghantar Firdaus sebagai wakil. Firdaus memaklumkan bahawa Jamaluddin masih dalam perjalanan dari Pahang ke ibu negara. Beliau turut mengedarkan kenyataan akhbar Jamaluddin yang menafikan telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ADUN Behrang semalam. Sebaliknya, Jamaluddin berkata, beliau cuti sakit dari 28 hingga 30 Januari lalu dan seterusnya bercuti hujung minggu sehingga semalam. Menurut Firdaus, sijil cuti sakit juga telah diserahkan kepada kerajaan negeri Perak dan sepatutnya perkara itu diketahui oleh Sivakumar. 

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu juga tidak hadir pada sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan beliau sebagai ADUN kawasan tersebut. Sebaliknya, selepas dua jam sekumpulan wakil media menunggu di sebuah hotel di sini, seorang kenalannya yang memperkenalkan diri sebagai Puzi Ghazali muncul dan mendakwa wakil kepada ADUN tersebut. Puzi yang mengaku ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, dia telah diarahkan berbuat demikian dan mengedarkan kenyataan akhbar mengenai penafian peletakan jawatan ADUN Changkat Jering tersebut. Dalam kenyataan itu, Mohd. Osman menegaskan, beliau tidak pernah pergi ke rumah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bagi menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang didakwa. Sementara itu, Puzi pula memberitahu, Mohd. Osman tidak dapat hadir kerana kurang sihat.Malah, katanya, dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur hari ini wakil rakyat tersebut telah mendapatkan rawatan di hospital kerana kurang sihat akibat demam dan batuk-batuk.

'