Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 8, 2009

MASALAH DI SK TEBELU AKAN DISELESAIKAN

Kebakaran pada 4 November 2008 yang menyebabkan kemusnahan bilik darjah, makmal sains dan komputer serta bilik guru di SK Tebelu, Sebuyau bakal diselesaikan apabila empat (4) unit kabin akan ditempatkan di situ. Dengan adanya kabin tersebut akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada sistem penyampaian pengajaran kepada murid-murid yang bersekolah di situ.

Menurut Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Julaihi Bujang empat unit kabin yang bakal ditempatkan di sekolah itu telah pun berada di pelabuhan dan masih menunggu kerja-kerja pengangkutan ke sekolah berkenaan.

Kabin tersebut akan digunakan sebagai bilik darjah dan bilik guru dan pemasangan kabin akan mengambil masa selama kira-kira dua (2) minggu untuk dibentuk kepada dua (2) kelas untuk setiap kabin bergantung kepada kuantiti murid. Dengan pembinaan ini akan memberi keselesaan kepada guru dan murid di situ yang ketika ini masih menggunakan Dewan Masyarakat Kampung Tebelu untuk aktiviti pembelajaran.

Hari pertama sesi persekolahan bagi 147 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu di sini baru-baru ini tetap ceria meskipun terpaksa belajar dalam suasana kurang selesa dan memuaskan. Tindakan pantas kerajaan untuk memastikan tidak ada murid tercicir dalam pelajaran haruslah dihargai dan kita per berterima kasih kepada kerajaan yang amat mementingkan pendidikan anak-anak.




0 comments:

Post a Comment