Pages

Ads 468x60px

Thursday, October 9, 2008

Kes penderaan seks kaum Penan disiasat segera

Polis Sarawak telah memulakan siasatan ke atas kes penderaan seks gadis Penan yang didakwa telah dirogol oleh pekerja pembalakan di Baram. Semalam Menteri Pembangunan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menyiasat dakwaan kes penderaan seksual wanita kaum Penan oleh pekerja syarikat pembalakan dan tidak akan membiarkan perkara seperti itu terus berlaku kerana ia membabitkan wanita dari kaum minoriti yang memerlukan perhatian.

Baru-baru ini akhbar menyiarkan mengenai laporan NGO di Switzerland dalam laman web, Bruno Manser Foundation (BMF), dakwaan penderaan seksual terhadap wanita Penan dalam daerah Baram. Begitu juga dengan dakwaan daripada The Star pada Isnin lalu yang melaporkan pelajar asrama di dua sekolah menengah di Baram Tengah yang telah menjadi mangsa salah laku seks oleh pekerja syarikat pembalakan selepas mereka menaiki kenderaan pekerja untuk ulang alik ke sekolah. Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan polis dan orang ramai diharap tidak akan membuat sebarang spekulasi sehingga kes tersebut selesai.

2 comments:

  1. Di Malaysia kes rogol atau penderaan seksual adalah satu jenayah yang berat, jika terbukti bersalah akan dihukum sehingga 20 tahun penjara dengan sebatan.

    Kes yang didakwa berlaku di Baram, kalau benar harus disiasat dengan segera dan teliti. Penubuhan jawatankuasa bertindak adalah satu langkah untuk menyiasat perkara ini disamping PDRM.

    Kes ini perlu disiasat dari banyak segi dan perspektif demi untuk mencari kesahihan atau kebenaran kes.

    Faktor yang dirasakan menyumbang kepada kes ini adalah tiada pembangunan jalan raya, kedudukan sekolah yang jauh atau kedudukan perkampunagn kaum Penan ini terletak jauh di pendalaman. Kesannya, kebarangkalian pelajar-pelajar ke sekolah dengan menumpang kenderaan syarikat balak untuk ke sekolah adalah besar.

    Justeru itu, adalah dicadangkan:-
    1. Penyiasatan dakwaan ini dengan serius.
    2. Ceramah kesedaran supaya tidak menumpang kenderaan yang tidak dikenali.
    3. Siasatan syarikat balak dan pelajar sendiri.
    4. Langkah2 lain yang dirasakan perlu.

    ReplyDelete
  2. Kes ini memang berlaku dimana perempuan Penan itu telah mengandung anak haram. Kes masih disiasat oleh P/Insp. Siti Hajar, Balai Polis Pusat, Miri dan dia sekarang masih berada di tempat kejadian. Jadi sabarlah menunggu keputusan siasatan.

    ReplyDelete