Pages

Ads 468x60px

Wednesday, November 26, 2008

UNIVERSITI BERPERANAN MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI

Universiti di negara kita semakin berkembang dan telah melahirkan ribuan graduan-graduan yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Justeru itu, Perdana Menteri semalam mahukan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mengisi komponenseperti kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat (IT), keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas pengurusan serta kelebihan berkaitan lain selain daripada teras pengajian dari asas teori dan praktikal di dalam setiap program pengajian yang ditawarkan yang boleh memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran serta memperkasa keyakinan diri pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam pekerjaan. 

Program pengajian yang ditawarkan di IPT perlu mengambil kira keperluan semasa masyarakat dan negara, khususnya dalam konteks global. Di samping itu juga, kerajaan menggalakkan program berbentuk double major atau major minor bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian. Perdana Menteri yang berucap semasa merasmikan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Bandar Baru Nilai.

Dengan penubuhan Usim dapat memastikan tiada golongan dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana dan universiti itu dapat menampung tempat lebih daripada 4,000 pelajar yang semuanya lepasan sekolah aliran agama. 

Selain itu, Malaysia berpotensi menjadi pusat tumpuan ilmu di kalangan negara Islam seluruh dunia berikutan infrastruktur pengajian yang sudah tersedia selain sokongan dua komponen penting lain bagi mencapai sasaran itu. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk universiti bertaraf dunia, kewujudan USIM diharap dapat mencapai inspirasi semua rakyat Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment