Pages

Ads 468x60px

Tuesday, August 25, 2009

Perbesarkan Hospital Sri Aman

S’wak minta Pusat sedia kemudahan lebih baik dan hospital baru

KUCHING: Sarawak meminta kerajaan persekutuan menyediakan kemudahan perubatan yang lebih baik dengan membina sebuah hospital baru yang serba lengkap di bahagian Sri Aman.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata hospital yang sedia ada di bandar itu, kira-kira 200km dari sini, adalah kecil, sesak dengan pesakit dan kekurangan kemudahan.

“Pesakit positif influenza A(H1N1) terpaksa menerima rawatan di wad pengasingan sementara di tempat letak kenderaan di hospital berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, beliau mengadakan mesyuarat mengenai wabak influenza A(H1N1) dengan doktor dan petugas perubatan di Hospital Besar Sarawak (SGH) di sini.

Keadaan buruk Hospital Sri Aman telah ditonjolkan dalam laporan sebuah akhbar Cina hari ini yang melaporkan seorang wanita mengandung yang menghidap influenza A(H1N1) meninggal dunia selepas menerima rawatan di wad pengasingan sementara di tempat letak kenderaan di hospital berkenaan.

“Sebab itu kerajaan negeri meminta kerajaan pusat membina sebuah hospital yang lebih besar di sana,” kata Dr Chan.

Dalam menafikan dakwaan akhbar itu, katanya, wanita itu menerima rawatan di jabatan kemalangan dan kecemasan hospital itu sebelum dirujuk ke SGH tetapi malangnya mangsa meninggal dunia pada hari berikutnya pada 6 Ogos lalu.

— Bernama

1 comments:

  1. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    ReplyDelete