Pages

Ads 468x60px

Thursday, October 16, 2008

HINDRAF ADALAH PERTUBUHAN HARAM

Kerajaan semalam mengharamkan pertubuhan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berikutan kegiatannya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Selain itu, tindakan HINDRAF dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengatakan tindakan pengharaman itu diambil bukan berasaskan satu atau dua kegiatan pertubuhan terbabit yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua aktivitinya sejak ia ditubuhkan. Perintah ini dibuat setelah hasil pemantauan dan penyiasatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai kegiatan Hindraf sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang.

Hindraf yang mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Dan pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Baru-baru ini, HINDRAF juga telah melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Syed Hamid menasihatkan orang ramai agar tidak membabitkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

Tindakan kerajaan mengharamkan pertubuhan itu adalah wajar kerana HINDRAF sejak penubuhan sering kali mengapi-apikan isu perkauman yang membawa gejala yang tidak sihat dan merenggangkan hubungan diantara kaum. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, saya sangat bersetuju tindakan pengharaman pertubuhan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Berpandukan sejarah yang lepas isu perkauman boleh memporak-perandakan negara kita seperti apa yang berlaku pada Tragedi 13 May. Dan saya percaya anda rakyat Malaysia tidak mahu ianya berulang……………..

1 comments:

  1. Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

    As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

    No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

    The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

    For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    (AUg/Sept/Oct Archive)

    ReplyDelete