Pages

Ads 468x60px

Tuesday, July 5, 2011

Ambiga didesak batalkan Bersih

KUALA LUMPUR 4 Julai - Himpunan Patriot (Patriot) hari ini mendesak Datuk S. Ambiga dan konco-konconya membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini agar tidak dicap sebagai penderhaka kerana membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Bersama Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Bersih seharusnya akur dengan titah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menegaskan bahawa lebih banyak keburukan akan berlaku akibat perhimpunan haram tersebut.

"Jika tetap diteruskan, kami tidak teragak-agak untuk mengumpulkan seramai mungkin Patriot bagi berdepan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terangan tidak menghormati institusi raja-raja Melayu.

"Kita tunggu dan lihat sekiranya mereka masih berdegil. Pihak polis juga digesa untuk menahan sesiapa sahaja yang ingkar dengan titah khas Seri Paduka itu," katanya dalam sidang akhbar Patriot di sini hari ini.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, langkah Patriot itu adalah bagi menjunjung titah Tuanku Mizan bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Beliau berkata, tindakan itu juga bermakna tiada sebarang memorandum akan diserahkan kepada Seri Paduka seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pembatalan itu tidak bermakna bahawa Patriot akan dibubarkan sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memelihara kedaulatan negara dalam apa jua urusan.

"Kami memandang serius titah Tuanku dan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka.

"Ini soal negara dan bukannya tentang siapa yang jaguh. Takkan kami hendak melayan kenyataan pihak tertentu hingga menggadaikan kerukunan negara" katanya selepas menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan di Lobi Parlimen di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment