Pages

Ads 468x60px

Thursday, March 15, 2012

Anwar terus berdolak-dalik

KUALA LUMPUR 14 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat semalam terus berdolak-dalik berhubung kenyataannya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel yang dibuat menerusi satu wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu.

Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu seperti yang disiarkan dalam wawancara WSJ itu:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel."

Namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.


*petikan dari Utusan

0 comments:

Post a Comment