Pages

Ads 468x60px

Thursday, June 11, 2009

Kompleks baru DUN Sarawak


Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching akan menjadi kenangan selepas 33 tahun berfungsi sebagai tempat persidangan oleh wakil-wakil rakyat di negeri ini. Persidangan DUN Sarawak yang bermula pada 11 hingga 20 Mei yang lalu merupakan pertemuan kali terakhir bagi 71 Ahli DUN (ADUN) bersidang membincangkan hal-hal pembangunan negeri.

Di sebalik kenangan-kenangan manis, para ADUN juga sudah pasti tersenyum bangga apabila Kompleks DUN Sarawak yang baru dan terletak tidak jauh dari bangunan yang lama, bakal digunakan pada persidangan hujung tahun ini. Kini kerja-kerja pembinaan bangunan berharga RM300 juta itu yang tersergam indah di tebing Sungai Sarawak difahamkan telah siap pada hujung Mei lepas.

Dibina atas tapak keluasan 172 ekar, Kompleks DUN Sarawak baru itu terletak berhampiran dengan Astana, tempat kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tersergam indah di atas bukit yang menggabungkan reka bentuk moden dan kebudayaan tempatan, ia mampu menampung kehadiran seramai 108 ADUN.

Tambah istimewa, semua ADUN disediakan bilik pejabat masing-masing. Pasti ia memberikan keselesaan berbanding dengan kapasiti 48 ADUN di bangunan DUN lama yang mula digunakan pada 1976. Kompleks baru itu juga dibina dengan satu Dewan Santapan yang boleh menampung kehadiran 1,000 orang pada satu-satu masa.

Terletak berhadapan dan di seberang Tebingan Sungai Sarawak, bangunan yang simbolik terhadap sistem demokrasi berparlimen itu dibina dengan 315 ruang letak kereta. Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah Dewan perundangan yang tertua di Malaysia, demikian menurut kenyataan dalam laman web rasmi DUN Sarawak.

Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu pada 8 September 1867. DUN Sarawak pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum dengan jumlah ahli dipilih seramai 21 orang.

DUN Sarawak telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman rajah putih keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia. Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris. Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbirkan oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak. 

Sijil ISO untuk dapat projek

Kecewa dengan beberapa insiden runtuhan bangunan telah menyebabkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor untuk mencadangkan perlunya pemilikan sijil ISO oleh kontraktor utama dijadikan syarat dalam pemberian kontrak projek pembinaan yang bertaraf tinggi seperti Kelas A, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, ketika membayangkan perkara itu berkata, cadangan itu yang akan dikemukakan kepada kabinet dalam masa terdekat, bertujuan menambah baik kualiti pembinaan di negara ini. 


"Kalau lepas ini untuk RMK-10, syarikat kontraktor itu kita minta adakan ISO tetapi mereka tidak mampu untuk adakan, maka kita cadangkan kepada kerajaan syarikat ini tidak layak untuk mendapat projek daripada kerajaan," katanya selepas merasmikan Seminar Integriti Industri Pembinaan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di sini, hari ini.

Langkah itu juga bagi memantapkan lagi industri pembinaan di negara ini agar insiden runtuhan bangunan seperti di bangunan Pasaraya Jaya di Petaling Jaya dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu tidak berulang. 

"Ia bukan saja menjadi perdebatan umum tetapi secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti kita, kerugian bukan saja kita alami dalam negara tetapi kerugian paling besar adalah kepercayaan negara, yang selama ini banyak syarikat kita dapat peluang pekerjaan," katanya. 

Shaziman berkata, kementerian itu sentiasa memastikan syarikat pembinaan yang ingin mendapatkan sesuatu projek akan dinilai terlebih dulu dari segi kepatuhan teknikal dan aspek kewangan.

Kementerian itu, katanya, sedang juga mengenal pasti syarikat pembinaan yang tidak aktif di dalam negara untuk dikeluarkan daripada senarai kontraktor. 

"Kita sudah maklumkan kepada CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) supaya duduk berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta persatuan kontraktor untuk kenal pasti syarikat macam manakah kita patut keluarkan daripada senarai kontraktor yang tidak aktif di dalam negara, kita tidak tahu berapa banyak (syarikat) yang boleh dikeluarkan, biar mereka bincang dulu," katanya. 

Selain itu, Shaziman berkata, dengan mengambil kira kepentingan sosial, satu Kod Etika Kontraktor sudah dibangunkan secara holistik, bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam industri pembinaan mempunyai integriti. 

Kod itu, katanya, boleh menjadi titik permulaan bagi membangunkan masyarakat kontraktor yang berintegriti tinggi dengan menggariskan enam prinsip utama seperti jujur melaksanakan tanggungjawab, kepentingan kualiti, kemahiran dan piawaian serta pematuhan kepada peraturan dan undang-undang.

Shaziman turut membayangkan kemungkinan industri pembinaan akan mengalami proses liberalisasi dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan asing di di negara ini. 

"Sudah tentu mungkin, kalau masa sekarang ini semua sudah mula bergerak ke arah liberalisasi, tiada satu pun industri yang kita boleh kawal semuanya dalam negara kita. 

"Dalam kes kita, banyak syarikat Malaysia sertai (kegiatan) di seberang laut, perkara ini walaupun secara rasminya tidak berlaku sepenuhnya, secara tidak langsung banyak projek besar ada pembabitan dari negara luar," katanya. - Bernama 

Friday, May 22, 2009

5 PELAMPAU INDIA TERUS BERMAHARAJALELA

Bekas tahanan ISA, Uthayakumar sepatutnya melaporkan diri di Kemunting pada 19 Mei 2009 turut perlu membuat laporan adalah 4 lagi pemimpin pelampau India yang dibebas dari ISA. Mereka mengambil sikap tidak peduli kepada keperluan undang-undang dan berpendirian bahawa laporan itu tidak perlu kerana Malaysia adalah negara bebas.

Tindakan kelima-lima pemimpin pelampau India ini sungguh aneh, walhal mereka ini tau undang-undang tetapi tidak mengendahkannya. cara mereka ini adalah tidak bersesuaian kerana ia mengajar rakyat Malaysia supaya jangan patuh kepada ubdabg-ubdang. Ini adalah satu amalan sesat yabg tidak boleh diambil ringan kerana mereka-mereka yang juga telah dibebas dari ISA sebelum ini, pun akan turut menjejaki langkah pelampau India Ini.

Pemerhati berpendapat gejala ini adalah tidak sihat dan tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang semua perlu patuh. Adalah jelas bahawa tindakan kelima-lima pelampau India ini sengaja dibuat-dibuat dan bertujuan untuk menaikkan emosi negatif di kalangan penyokong-penyokong dari keturunan India.Mereka cuab mempermain-mainkan Mob Psychology untuk menarik penyokong-penyokong India yang tidak tau menahu hal ini, masuk keperangkap mereka.

Sepatutnya kelima-lima pelampau India ini berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang mengambil berat terhadap mereka. Sebaliknya mereka ini melempar batu sebagai balasan. Inikah adab pelampau-pelampau India ini yang berasal dari India yang mempunyai tamadun beribu-ribu tahun?. Sangat memalukan bahawa 5 rakyat Malaysia ini lupa daratan dan sanggup berbuat sesuatu menentang kerajaan dan perpaduan rakyat.

Mungkin pihak kerajaan masih bersimpati tetapi ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh bersikap tegas. Sekiranya pelampau ini sudah melampaui batas adalah sesuai mereka ini dipulih semula supaya mereka dapat bertapak dibumi nyata.

Tuesday, May 19, 2009

BN TAK TANDING DI DUN PENANTI

Kekosongan kerusi kerana 'permainan' pembangkang: PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik pembangkang. 

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara kerana Dewan Tertinggi BN berpendapat kekosongan kerusi DUN berkenaan bukan berasaskan peruntukan Perlembagaan, sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.

"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain. 

"Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di sini. 

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah.

Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata, beliau bertindak demikian untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei. 

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sudah dinamakan sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Parti Rakyat Malaysia serta bekas Ketua Wanita Keadilan, Aminah Abdullah, menyuarakan hasrat untuk bertanding. 

Perdana Menteri berkata, walaupun tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, BN memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti.

Beliau juga percaya pengundi kawasan berkenaan tidak akan kecewa, malah dapat menerima keputusan itu. 

Ditanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, Najib berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti." 

Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bukan yang pertama kerana sebelum ini keputusan sama pernah dibuat, tetapi ketika itu tidak ada permainan politik.


*Sumber daripada Berita Harian

Monday, May 18, 2009

Anifah perlu mendedahkan semua tawaran pembangkang

Sejak akhir-akhir ini, Datuk Anifah Aman iaitu Menteri Luar Malaysia menjadi tumpuan gara-gara pendedahan tawaran pihak pembangkang kepadanya sebelum ini. Beliau juga diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya selepas diumpan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2008 lalu. 

Terdahulu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai pendirian sebenar pembangkang dalam memenuhi cita-cita politik mereka. Dalam ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, “Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika. “Saya harap dalam perkara ini Datuk Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang telah berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri. 

“Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang untuk menawarkan pelbagai, termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita. Itulah angan-angan Mat Jenin yang dilakukan oleh pakatan pembangkang kepada mereka yang dirasakan kecewa,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. 

Semalam, Anifah yang juga Menteri Luar berkata beliau sedia disaman dan tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Ahli Parlimen Kimanis itu pernah menolak tawaran menyertai pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.