Pages

Ads 468x60px

Monday, May 18, 2009

Anifah perlu mendedahkan semua tawaran pembangkang

Sejak akhir-akhir ini, Datuk Anifah Aman iaitu Menteri Luar Malaysia menjadi tumpuan gara-gara pendedahan tawaran pihak pembangkang kepadanya sebelum ini. Beliau juga diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya selepas diumpan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2008 lalu. 

Terdahulu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai pendirian sebenar pembangkang dalam memenuhi cita-cita politik mereka. Dalam ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, “Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika. “Saya harap dalam perkara ini Datuk Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang telah berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri. 

“Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang untuk menawarkan pelbagai, termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita. Itulah angan-angan Mat Jenin yang dilakukan oleh pakatan pembangkang kepada mereka yang dirasakan kecewa,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. 

Semalam, Anifah yang juga Menteri Luar berkata beliau sedia disaman dan tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Ahli Parlimen Kimanis itu pernah menolak tawaran menyertai pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

0 comments:

Post a Comment