Pages

Ads 468x60px

Monday, February 9, 2009

APA SUDAH JADI...

Kekecewaan Pakatan Rakyat  yang kehilangan kerajaan di negeri Perak terus berlarutan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyalahkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab utama kejatuhan kerajaan di negeri Perak. Beliau turut menyatakan bahawa Ketua Umum PKR tidak layak untuk memimpin Pakatan Rakyat.

Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor mengecam tindakan Ketua Pembangkang kerana perbuatannya yang mempromosikan budaya lompat parti telah menyebabkan mereka kehilangan kerajaan di negeri Perak. Hilang satu negeri bermaksud kerajaan Pakatan Rakyat yang tinggal empat negeri iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Di dalam petikan Karpal Singh di TV1 malam tadi menyebut bahawa: “Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,”

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda UMNO berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai peralihan kuasa di negeri itu. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya. 


Komen temuai: Pakatan Rakyat tumbang di Perak, BN pula dipersalahkan! Sudahlah tumbang, Sultan Perak mahu disaman. Apa sudah jadi? Ternyata dalam Pakatan Rakyat terdapat banyak masalah-masalah antara parti yang masih belum diselesaikan atau tidak dapat diselesaikan. Kecelaruan ini nampaknya tiada pengujung.


0 comments:

Post a Comment