Pages

Ads 468x60px

Monday, February 23, 2009

KERAJAAN BANTU MANGSA BANJIR

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kebajikan bagi setiap para penduduknya di negeri ini tanpa mengenal latar belakang kaum dan agama kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Satu Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan telah diadakan pada 19/02/2009 bertempat di Pejabat Daerah Kecil Pantu, Sri Aman. Seramai 42 buah keluarga mangsa banjir telah diberikan wang eshan yang bernilai RM500.00 bagi setiap mangsa banjir.

Selain itu katanya peranan kerajaan BN dalam mengurangkan beban penduduk yang dilanda masalah bencana alam dan tragedi sebelum ini membuktikan bahawa tuduhan serta fitnah pihak pembangkang terhadap mereka adalah tidak berasas sama sekali.

Pihak pembangkang kata Snowdan hanya pandai menggunakan kepakaran mereka sendiri untuk menghasut penduduk membenci BN walaupun mereka sedar bahawa kerajaan selama ini berperanan amat penting dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduknya.

“Situasi seperti ini sememangnya amat menyedihkan kerana mereka (penduduk) tetap menyandarkan harapan kepada pihak pembangkang walaupun golongan terbabit tidak berupaya untuk tampil membantu penduduk yang dilanda kesusahan,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) bagi Pejabat Daerah kecil Pantu, Edward Michael Duk, Pegawai Penyelaras JASA P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen P.202 Sri Aman, Abah Ugi dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.


Beliau pada majlis itu juga turut menyampaikan cek peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun ini yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM18,000 kepada enam buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari sekitar daerah kecil Pantu.

0 comments:

Post a Comment