Pages

Ads 468x60px

Monday, January 19, 2009

BINA PROJEK HIDRO ELEKTRIK DI BARAM, LIMBANG

Kerajaan negeri Sarawak berhasrat untuk melaksanakan Projek Hidro elektrik (HEP) di Baram, Limbang bagi membangunkan kawasan pedalaman di utara di negeri ini. Menerusi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang projek integrasi itu berupaya untuk membekalkan tenaga berjumlah 900 megawat apabila siap nanti.

Pembinaan projek ini membuktikan bahawa kerajaan prihatin dan sedar kawasan di pedalaman Limbang, Lawas dan Baram masih jauh ketinggalan daripada segi kemudahan asas.

Beliau yang berucap semasa Taklimat dan Dialog berhubung Pembangunan Luar Bandar Bersama Masyarakat di Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) di Bahagian Miri dan Limbang.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak memberitahu, pembangunan di ketiga-tiga kawasan itu telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberi keutamaan termasuk menaiktaraf jalan balak.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penduduk yang menerima pampasan daripada kerajaan supaya menggunakan duit tersebut untuk menceburi projek pelaburan jangka panjang seperti menanam kelapa sawit dan tanaman komersial yang lain bagi menjana semula pendapatan untuk generasi akan datang.


0 comments:

Post a Comment