Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 21, 2009

BARACK OBAMA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT


Tanggal 20 Januari 2009, merupakan sejarah baru di Amerika Syarikat apabila Barack Obama dilantik sebagai orang kulit hitam pertama diisytiharkan Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di Washington.

Obama yang berumur 47 tahun, merupakan anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol serta disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963. 

Pagi semalam, Obama dan isterinya, Michelle memulakan upacara pelantikan dengan mengunjungi presiden yang akan melepaskan jawatan, George W Bush dan isterinya, Laura Bush di rumah baru mereka di Rumah Putih. 

Selepas mengangkat sumpah untuk 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS, Obama menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden. 

Orang ramai mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan kepada sebilangan yang bernasib baik atau dari skrin gergasi bagi ribuan lain. 

Selepas upacara mengangkat sumpah, Obama dan Naib Presiden, Joseph Biden, makan tengah hari dengan anggota Kongres, hakim Mahkamah Agung dan barisan Kabinet baru termasuk Setiausaha Negara, Hillary Clinton. 

0 comments:

Post a Comment