Pages

Ads 468x60px

Monday, March 29, 2010

K’jaan rangka rancangan berteraskan Model Ekonomi Baru

KUCHING: Kerajaan telah merangka rancangan masa depan 2030 yang disebutkan sebagai rancangan strategik untuk ekonomi yang berteraskan kepada Model Eko-nomi Baru (MEB).

Menurut Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, sebagai bandar raya utama, Kuching harus dibangunkan agar menjadi bandar persekitaran yang mesra.

“Sebagai sebuah bandar utama di Sarawak, Kuching harus dibentuk menjadi bandar yang mempunyai persekitaran mesra.

“Ini bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat tempatan tetapi bagi menarik pelabur-pelabur asing dan pelancong untuk datang ke Sarawak,” katanya berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kursus Bina Insan (KBN) di sini semalam.

Abang Johari berkata perancangan untuk pembangunan 2030 yang berlandaskan MEB ini harus melalui pemikiran dan pendekatan baru.

Menurut beliau paling penting pendekatan ini harus berterusan bagi memastikan segala perancangan yang dibuat mencapai matlamatnya.

Selain itu beliau menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin hen-daklah dilatih dan didedahkan dengan perkara-perkara yang baru terutama dalam pembangunan negara.

“Seperti contoh dengan adanya program seperti hari ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepimpinan kepada pemimpin yang ada.

“Perkara ini harus diambil perhatian yang serius oleh generasi muda kerana mereka merupakan penyambung dalam kepimpinan akan datang,” tambah beliau.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen ilmu merupakan perkara asas yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara.

“Bagi memastikan pembangunan negara berjalan lancar, pemimpin-pemimpin harus dilatih bagi memastikan mereka tidak berada di takuk lama,” beliau berucap dalam Majlis Penangguhan Kursus Bina Insan (KBN).

0 comments:

Post a Comment