Pages

Ads 468x60px

Friday, January 9, 2009

HARGA BARANGAN DIJANGKA AKAN TURUN PADA SUKU TAHUN PERTAMA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga barang makanan akan berlakunya penurunan yang ketara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berikutan penyusunan semula subsidi minyak sejak Ogos tahun lalu. Sebelum ini beliau pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beberapa pihak seperti pembekal dan pemborong, selain pemilik pasar raya besar asing dan tempatan ketika kempen menurunkan harga barang baru-baru ini. 

Beliau yang berucap demikian selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di kilang Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd (PFM) iaitu pengeluar biskut jenama Julie's, dekat sini semalam. 

PFM antara 14 syarikat pengeluar makanan dari seluruh negara yang sebelum ini mengumumkan akan menurunkan harga sebagai menyahut kempen kerajaan susulan penurunan harga minyak sejak Ogos lalu.

Penurunan 30 peratus harga itu membabitkan biskut kraker krim, manakala lima hingga 10 peratus bagi produk lain.


0 comments:

Post a Comment