Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 10, 2009

BN YAKIN MENANG

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu memasuki hari ke -5 berkempen dan Datuk Seri Najib Razak yakin calon Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan kerusi itu. Timbalan Perdana Menteri mahukan jentera kempen BN terus melipat gandakan usaha-usaha menarik pengundi sehingga pengundian yang akan diadakan pada 17 Januari nanti. Beliau menyatakan demikian selepas menyampaikan sumbangan derma kepada sekolah agama bantuan kerajaan di Kuala Terengganu. BN diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga merupakan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. 

0 comments:

Post a Comment