Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 10, 2009

BANJIR: PENDUDUK DINASIHATI SUPAYA BERWASPADA

Penduduk di Sarawak dinasihatkan supaya berwaspada untuk menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku di bahagian Kuching terutamanya di kawasan Bau. Ini berikutan dengan cuaca yang sering mendung dan hujan lebat yang kerap  turun sejak kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri Sarawak menyatakan hujan akan berlaku sekejap-sekejap hingga 11 Januari ini dan kadang kala lebat di beberapa kawasan tertentu.  Oleh itu beliau mengingatkan penduduk di kawasan rendah terutamanya di kawasan daerah Bau untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan akan banjir. Kawasan yang dikenalpasti di daerah Bau adalah seperti di Bidi, Sandong, Belimbing, Siburoh, Segubang dan Bogak.

Menurut bacaan paras air pasang terkini  adalah 5.5 meter manakala paras tertinggi dijangka berlaku pada 13 Januari ini dengan bacaan pada paras 6.3 meter. Kerajaan negeri telah pun menyediakan bilik operasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir. Adalah difahamkan bahawa sebuah kampung di kawasan Bau iaitu Kampung Sebabuan telah pun dinaiki air pagi ini setinggi 1.2 meter. Banjir tersebut telah menyebabkan sembilan keluarga terpaksa berpindah sejak awal jam 11 pagi.

0 comments:

Post a Comment