Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 7, 2009

P.036 KUALA TERENGGANU: 3 PENJURU

Pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru, dimana calon Barisan Nasional akan menentang calon Pakatan Rakyat dan calon BEBAS. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang calon Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan dua pencabar iaitu Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat@Adam (BEBAS) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Proses penamaan telah dilansungkan pada 6 Januari 2009 bertempat ini di Stadium Negeri. Calon BN, Wan Ahmad Farid menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi manakala Mohd. Abdul Wahid, 51, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi dan Azharuddin,46 menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.58 pagi iaitu kira-kira dua minit sebelum proses penamaan calon ditutup.

Kehadiran Azharudin dikatakan mengejutkan pemimpin BN dan Pas kerana sebelum ini nama beliau tidak disebut-sebut akan bertanding. Calon lain yang dikatakan berminat sebelum ini ialah peniaga getah sekerap, Isma Airfath Hassanudin, 38, dan seorang peniaga, Harun@Ab.Rahman Mohamad, 63. yang mewakili parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).Bagaimanapun sehingga proses penamaan calon ditutup, Isma Airfath tidak muncul manakala Harun yang dilihat memasuki dewan penamaan calon diminta meninggalkan dewan tersebut oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dilihat tidak berminat menyerahkan borang pencalonannya.

Walaupun terdapat calon Bebas yang bertanding namun pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu tetap menjanjikan pertarungan sengit antara BN yang mempertahankan kerusi itu dan Pas.Bagi BN, pilihan raya kecil berkenaan amat penting bagi menebus kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu manakala kepada Pas pula, ia bakal menjadi medan untuk membuktikan bahawa parti itu masih berpengaruh di Terengganu.

Pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu, Razali mempertahankan kerusi berkenaan selepas memperoleh majoriti 628 undi mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, yang membuat keputusan tidak bertanding kali ini kerana tidak cukup wang.Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Buruk yang ketiga-tiga dikuasai oleh Pas serta Bandar yang diwakili oleh BN.Pada hari pengundian yang ditetapkan pada 17 Januari ini, seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi.

0 comments:

Post a Comment