Pages

Ads 468x60px

Monday, February 8, 2010

Makan malam amal kutip RM5.7 juta

SIBU 7 Feb. - Makan malam amal yang dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini malam semalam berjaya mengutip sejumlah RM5.7 juta bagi menjayakan projek pembinaan kompleks anak yatim yang baru.

Shorefield Sdn. Bhd., kontraktor elektrik tempatan, memberikan sumbangan paling besar sejumlah RM1 juta.

''Kompleks anak yatim itu akan dibina dengan kos RM12.5 juta di Kemuyang dan projek itu dijangka siap April tahun depan,'' kata Taib dalam ucapannya pada majlis itu.

Ia akan menjadi kompleks anak yatim ketiga yang dibina Persatuan Kebajikan Anak Yatim Sarawak (Peryatim) selepas di Kuching dan Miri.

Taib berkata, kompleks anak yatim Sibu bakal dibina di atas tanah seluas lima hektar sumbangan dua individu dan akan menjadi yang terbesar di negeri ini dengan kapasiti menempatkan 300 anak yatim.

Ketua menteri turut mengumumkan sumbangan RM500,000 untuk tabung anak yatim itu daripada Yayasan Laila Taib, yang ditubuhkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham isterinya dalam meneruskan usaha membantu anak yatim.

"Kami mahu membantu anak yatim bagi membolehkan mereka membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Mereka kemudian boleh membalas jasa masyarakat," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment