Pages

Ads 468x60px

Tuesday, October 9, 2012

Harga barang seragam 2013


KUCHING: Rakyat negeri ini akan menikmati harga barang keperluan asas dan makanan yang seragam dengan di Semenanjung Malaysia menjelang tahun depan.Ini kerana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM43 juta untuk menyeramkan harga barang keperluan antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan  RM236 juta untuk penyeragaman harga barang antara luar bandar dan bandar di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara itu dinyatakanoleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menjelaskan dengan adanya peruntukan tersebut, barang keperluan asas, makanan dan sebagainya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia akan ditanggung oleh kerajaan dari segi kos pengangkutan kapal laut.“Dulu, kos tambang kapal laut diserapkan dalam harga barang, jadi harga barang di Sarawak adalah 10 peratus lebih tinggi daripada harga di Semenanjung.“Jadi dengan peruntukan RM43 juta ini, harga barang di Sarawak dan Semenanjung akan sama tapi tidak selesai setakat itu sahaja kerana mungkin sama di Miri tetapi tidak di Baram.“Untuk itu, peruntukan RM236 juta akan digunakan untuk menanggung kos pengangkutan dari Miri ke Baram dan ini akan dapat menyeragamkan harga barang secara menyeluruh,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Tahunan KPDNKK Bersama Industri Negeri Sarawak di sini, semalam. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengarah KPDNKK Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.Menurut Ismail, daripada jumlah RM279 juta yang diperuntukkan untuk Program Penyeragaman Harga tersebut, RM150 juta adalah untuk Sarawak.Katanya, peruntukan yang disediakan itu meliputi 70 kawasan baharu yang akan dikenal pasti iaitu Pulau Bruit, Kapit dan Rasau di Mukah.Sementara itu, menurut  Ismail pada tahun lepas kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200 juta untuk Program Penyeragaman Harga.Katanya dulu fokus diberikan terhadap kawasan yang harga barangannya 30 peratus lebih tinggi daripada kawasan bandar tetapi sekarang ia diturunkan kepada 10 peratus.“Kalau dulu, banyak kawasan yang tidak dapat… sebab itu, kita mahu fokus diturunkan 10 peratus supaya lebih banyak kampung dapat nikmati hasil program ini,” katanya.


0 comments:

Post a Comment