Pages

Ads 468x60px

Tuesday, October 9, 2012

KR1M di setiap Parlimen Sarawak tahun depan


KUCHING: Kesemua 31 kawasan Parlimen di Sara- wak bakal memiliki sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjelang tahun depan. Ia adalah hasil daripada  peruntukan sebanyak RM87 juta yang diperolehi Kemen-terian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke-penggunaan (KPDNKK) da-lam Belanjawan 2013 untuk perluasan KR1M di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. “Kerajaan telah memperuntukkan RM87 juta untuk membina 57 KR1M di Sara-wak, Sabah dan Labuan.“Maka itu, untuk Sarawak kami akan membuka 31 KR1M iaitu di setiap kawasan Parlimen,” kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Tahunan KPDNKK Bersama Industri Negeri Sarawak di sini, semalam.
Menurut beliau, setakat ini hanya terdapat dua KR1M di Sarawak iaitu kedua-duanya Kuching. Dalam pada itu, Ismail berkata pihaknya juga merancang untuk melaksanakan model ketiga bagi KR1M di negeri ini iaitu melibatkan usahawan tempatan.

“Kerajaan akan membina KR1M dan melantik usahawan tempatan untuk meng-usahakannya. “Kalau ramai usahawan tempatan yang ingin menyertainya, jadi kita boleh bina KR1M serentak di seluruh Sarawak dan kemudiannya menyerahkan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, kata Ismail model pertama KR1M ialah ia dibina oleh kerajaan dan diuruskan oleh syarikat di- lantik iaitu MRT dan model keduanya ialah barangan KR1M dijual di kedai runcit. Terdahulu, mengulas sesi dialog, Ismail berkata antara isu yang mendapat perhatian ialah aktiviti cetak rompak yang berleluasa di Sarawak. “Industri mengharapkan tindakan dan kes dihadapkan ke mahkamah,”  katanya. Selain itu, katanya kementeriannya juga bersetuju terhadap permohonan hologram bagi artis, penerbit dan lagu tempatan agar ia dapat dibuat di Sarawak.

“Sebelum ini hologram perlu dibuat di Kuala Lumpur dan ia memakan masa agak panjang tetapi sekarang ia  sudah boleh dibuat di Ku- ching dan kalau tidak ada       apa-apa masalah, kita boleh meluluskannya dalam masa seminggu atau dua minggu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment