Pages

Ads 468x60px

Thursday, July 30, 2009

NKRA: Pendekatan Wawasan 2020

KUCHING 29 Julai – Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan membantu mempercepatkan projek pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Sarawak dan Sabah masih ketinggalan daripada segi kemudahan infrastruktur.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan berkata, menerusi peruntukan itu rancangan untuk membina infrastruktur di luar bandar akan dapat dipercepatkan.

‘‘Kita amat memerlukan peruntukan ini dan ia merupakan satu pendekatan untuk mencapai Wawasan 2020,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib mengenai penetapan enam NKRA dan pengukuran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

Dalam NKRA yang kelima, Najib mahu melaksanakan kemudahan jalan, bekalan air dan elektrik terutamanya di Sarawak dan Sabah yang diterajui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, pengenalan KPI dalam memastikan pelaksanaan NKRA juga harus mengambil kira keadaan muka bumi dan cuaca di Sarawak.

0 comments:

Post a Comment