Pages

Ads 468x60px

Thursday, July 30, 2009

Orkid ‘Dendrobium Tuanku Nur Zahirah’

KUCHING: Spesies kacukan baru orkid dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Nur Zahirah’ bagi menandakan lawatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Taman Orkid di Petra Jaya semalam.

‘Dendrobium Tuanku Nur Zahirah’ merupakan kacukan bunga orkid Dendrobium Lee Li Lian, Dendrobium Lin Da Yu dan Dendrobium Leporium merupakan kacukan baru yang begitu unik dan sukar ditemui.

Lawatan baginda diiringi raja-raja permaisuri dan isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Kunjungan baginda ke Taman Orkid juga diperingati dengan penanaman pokok orkid.

Taman Orkid mempunyai 40,000 pokok orkid yang terdiri daripada 65 jenis di atas tanah seluas 15.4 ekar.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian bunga orkid oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman dan Norkiah kepada Tuanku Nur Zahirah.

Sejurus selepas itu, Tuanku Nur Zahirah dan kerabat diraja yang lain berangkat ke destinasi lawatan seterusnya iaitu Muzium Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan Hamden Ahmad mengalu-alukan kedatangan mereka dengan memberi taklimat mengenai sejarah ringkas mengenai muzium-muzium di Sarawak yang kemudiannya disusuli dengan tayangan video.

Tuanku Nur Zahirah serta ahli rombongan baginda turut melawat artifak-artifak serta tekstil-tekstil di galeri sekitar muzium tersebut sebelum berangkat ke perhentian mereka yang seterusnya.

Turut hadir ketika lawatan baginda semalam adalah Timbalan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan dan Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Wee Hong Seng.

0 comments:

Post a Comment